Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2/2017 (November)

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2/2017 (November)|UNTUK makluman anda, bagi lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke program diploma/asasi undang-undang UITM/Sarjana Muda (Seni bina) untuk sesi kemasukan kedua 2/2017 dan kemasukan adalah pada bulan November 2017. Kini, anda boleh membuat permohonan yang akan dibuka pada 3 Julai 2017 hingga 7 Ogos 2017.

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2/2017 (November)

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2/2017 (November)

Permohonan ini hanya untuk lepasan SPM sahaja, dan sila rujuk panduan permohonan seperti berikut :

1. Pastikan anda telah mempunyai No Slip BSN [ Slip BSN ]
2. Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan
3. Sila kenalpasti Kategori Anda:-
Pra Diploma
Diploma / Asasi
Sarjana Muda
Profesional
Penerapan

4. Setara Sepenuh Masa / Pengajian Luar Kampus
5. Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih KLIK DISINI

Panduan Mengisi Borang Permohonan

-Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda

-Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)

-Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda

-Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan

-Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

Selepas Membuat Permohonan

-Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.

-KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.

-Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

Untuk mendapatkan link permohonan boleh terus ke portal UITM dan KLIK DISINI

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.