5 Kebaikan Menggunakan Bitcoin

5 Kebaikan Menggunakan Bitcoin|SEBELUM ini saya pernah kongsikan tentang apa itu bitcoin? Tapi tahukah anda disebalik bermain Bitcoin, terdapat juga kebaikan atau manfaat menggunakan Bitcoin tersebut. Tahukah anda dunia akan menggantikan wang kertas dengan Bitcoin yang dijangkakan pada tahun 2025, semua transaksi yang dibuat akan menggunakan Bitcoin sebagai medium transaksi. Pada masa itu, matawang yang digunakan sekarang tidak akan ada nilainya.

             5 Kebaikan Menggunakan Bitcoin

5 Kebaikan Menggunakan Bitcoin

Berikut adalah dikongsikan beberapa kebaikan menggunakan Bitcoin:

1. Tidak perlu membuat sebarang transaksi melalui bank

Sekiranya sesuatu transaksi dibuat melalui bank, anda akan dikenakan caj dari bank, sama ada kadar tetap atau peratus daripada jumlah transaksi anda. Contoh: sekiranya anda membuat transaksi sebanyak RM 1000.00 , anda harus membayar caj sebanyak RM 30.00. Dengan menggunakan Bitcoin, kita dapat mengelak daripada dikenakan caj seperti ini.

2. Mudah, cepat dan senang untuk membelanjakan wang

Konsep yang digunakan ialah “cashless expenditure” iaitu membuat pembelian menggunakan kaedah elektronik. Bitcoin sebenarnya diterima pakai di seluruh dunia. Bayangkan matawang EURO atau US Dollar pun tidak diterima pakai di seluruh dunia. Sekiranya seseorang itu pergi ke luar negara, dia boleh menggunakan Bitcoin sebagai matawang elektronik supaya tidak perlu menukar matawang untuk membeli belah. Memang mudah kan!

3. Mudah dikeluarkan di ATM yang terpilih

Bitcoin boleh dibeli ataupun dijual di mana mana ATM di negara- negara yang menyediakan perkhidmatan ini. Pengguna Bitcoin boleh membeli dan menjual Bitcoin dengan lebih mudah dengan menggunakan Bitcoin ATM.

              5 Kebaikan Menggunakan Bitcoin

4. Boleh mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik

Dunia akan menjadi tempat yang lebih aman dan selamat sekiranya tiada lagi transaksi melibatkan wang, dan semuanya secara elektronik dengan menggunakan Bitcoin.

5. Boleh digunakan di mana-mana tempat termasuk pusat beli-belah

Tahu tak anda Bitcoin boleh digunakan semasa anda membeli belah dengan lebih mudah kerana jumlah yang perlu dibayar boleh dibayar dengan hanya menggunakan Bitcoin sahaja. Selain itu, Bitcoin juga boleh digunakan semasa berurusan dengan Expedia, Microsoft, Apple dan lain lain lagi.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh dapatkan:

               

No comments

Powered by Blogger.