6 Perbezaan Diantara Aplikasi WhatsApp Dan Telegram

SEBUT saja tentang aplikasi permesejan pada telefon pintar pastinya aplikasi WhatsApp dan Telegram antara yang menjadi pilihan orang ramai. Baik dari segi fungsi yang tersedia mahupun bilangan pengguna yang begitu ramai.

                 6 Perbezaan Diantara Aplikasi WhatsApp Dan Telegram

Terdapat beberapa fungsi yang tersedia pada WhatsApp yang tidak terdapat pada Telegram pada ketika ini.

Berikut merupakan 6 perbezaan antara aplikasi Whatsapp dan Telegram:

1. Panggilan

Penyediaan fungsi panggilan ini ternyata agak membantu meskipun terdapat sedikit ‘delay‘ ketika menggunakannya. Untuk pengguna iOS, mungkin mereka lebih selesa menggunakan FaceTime.

Bagi pengguna Android, WhatsApp Calls atau panggilan menggunakan aplikasi Messenger antara pilihan yang ada. Fungsi panggilan ini nampaknya tidak tersedia pada aplikasi Telegram.

2. Penerimaan mesej

Jika dahulunya cara penerimaan mesej pada aplikasi WhatsApp dan Telegram mungkin sama. Namun semuanya berubah setelah WhatsApp memperkenalkan blue tick. Melalui fungsi ini, pengguna dapat mengetahui, sama ada mesej tersebut diterima atau tidak melalui bilangan tick seterusnya warna bertukar biru apabila mesej dibaca. Kami dapati ramai yang kurang selesa dengan fungsi blue tick ini.

Telegram pula masih mengekalkan cara yang klasik dan disenangi ramai dengan penggunaan single dan double tick sahaja.

3. Status

Melalui kemaskini terbaru WhatsApp, aplikasi ini telah menambah sebuah lagi fungsi terbaru iaitu WhatsApp status. Sama seperti Facebook dan Instagram, pengguna dapat memuatnaik gambar atau video yang diingini untuk tontonan umum.

4. Perkongsian fail

Satu perkara yang paling kami suka dengan Telegram ini adalah sokongan perkongsian fail yang besar. Nyatakan sahaja sama ada anda mahu berkongsi fail berbentuk pdf, mkv, avi semuanya disokong dengan had perkongsian sehingga 1.5 GB. Tidak perlu lagi menggunakan file sharing website dan sebagainya, hanya dengan Telegram sahaja sudah cukup memadai.

5. Group dan channel

WhatsApp dan Telegram mungkin berkongsi fungsi yang sama mengenai melalui sokongan group yang disediakan. Namun, apa yang lebih menarik mengenai Telegram group adalah kebolehan untuk menyertakan sehingga 1,000 ahli di dalam satu group.

Selain itu, perkongsian melalui channel sering disediakan buat laman web atau portal yang ingin berkongsi maklumat secara satu hala. Sesuai untuk sebarang pemberitahuan informasi atau konten terbaru.

6. Sekuriti

Tidak banyak perbezaan yang banyak dilihat selepas WhatsApp mengemaskini aplikasi mereka melalui update terbaru. Namun penyediaan fungsi ‘secret chats‘ membolehkan mesej dipadam setelah beberapa ketika mungkin antara fungsi tambahan buat para pengguna.

Penawaran wang sebanyak $200,000 buat sesiapa yang berjaya menggodam sistem mereka antara faktor yang membuatkan orang ramai yakin dengan aplikasi ini.

Satu kelebihan terbesar aplikasi WhatsApp ketika ini adalah disebabkan bilangan penggunanya yang ramai. Majoriti pengguna khususnya di Malaysia mempunyai WhatsApp pada smartphone mereka berbanding Telegram.

2 comments:

Powered by Blogger.