Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Rockanova 2017 Astro

NANTIKAN satu lagi program pencarian bakat baharu bakal diadakan terbitan Astro iaitu Rockanova. Rockanova yang akan berlangsung selama lapan minggu itu bertujuan mencungkil bakat penyanyi rock secara solo.

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Rockanova 2017 Astro

Rockanova akan dibarisi tiga ikon dunia muzik iaitu penyanyi Datuk Awie dan komposer Edry Abdul Halim sebagai juri tetap yang akan menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan Datuk Hattan pula akan bertindak sebagai guru vokal dan persembahan. Program Rockanova memperkenalkan sistem pemarkahan berdasarkan 70 peratus oleh pihak juri dan 30 peratus hasil undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Rockanova bakal disiarkan di saluran rasmi Astro Prima (105) dan siaran serentak di Maya HD (135) bermula 29 Mac 2017 depan.

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Rockanova 2017 Astro

Berikut adalah Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Rockanova 2017:

Sesi Ujibakat Online Instagram

• Rakam nyanyian anda berdasarkan salah satu daripada lagu yang tertera di bawah.
• Video yang dimuat naik tidak melebihi 1 minit.
• Muat naik video ke Instagram anda dengan #BakatRockanova (Pastikan Instagram "PUBLIC")
• Penyertaan dibuka mulai 23 Januari 2017 sehingga 12 Februari 2017
• Siapa yang terpilih melalui Instagram akan dapat "Fast Lane" ke sesi ujibakat terbuka

Sesi Ujibakat Terbuka

• Lokasi di Anggerik Mall Shah Alam
• Kaunter Pendaftaran dibuka dari jam 9.00pagi hingga 1.00petang
• Tarikh 18 Februari dan 19 Februari 2017

Syarat Penyertaan Ujibakat Rockanova 2017 Astro

-Lelaki dan perempuan berumur 20 tahun pada 23 Januari 2017 dan tidak melebihi 40 tahun pada 23 Januari 2017
-Warganegara Malaysia dan Singapura serta penduduk tetap Malaysia

Senarai Lagu Wajib Ujibakat Rockanova 2017 Astro

Akim & Majistret - Mewangi
Projector Band - Sudah ku tahu
Search - Pawana
Faizal Tahir - Sampai Syurga
Awie - Ingatkan dia
XPDC - Apa nak di kata
Muse - Plug in baby
Mojo - Romancinta
Nirvana - Come as you are
Aerosmith - I do not want miss a thing
Sakura band - Poraroid
Shima - Setelah aku kau miliki
Mulan Jameela - Makhluk tuhan paling seksi
Candy - Akan ku tunggu
Nadia - Salam untuk kekasih
Stacy - Jahat
Ella - Dua insan bercinta
Nicky Astria - Mengapa
Joan Jett - I love rock n roll
Evanescence - Bring me to life

No comments

Powered by Blogger.