Resepi Agar-Agar Lapis Milo

Resepi Agar-Agar Lapis Milo|BAGI anda yang meminati bab-bab masakan terutama mencuba resepi sendiri dan baru, anda patut cuba resepi yang saya kongsikan ini iaitu 'Resepi Agar-agar Lapis Milo'. Amat mudah dan cara penyediaan yang cepat! Jom lihat resepi dibawah:

Resepi Agar-Agar Lapis Milo

Resepi Agar-Agar Lapis Milo

Bahan-bahan:

1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
6 cawan atau 1200ml air
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
1/3 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
Daun pandan

Cara Membuat Agar-Agar Lapis Milo:

1-Basuh agar-agar kering.

2-Masukkan air dan rendam selama 5 minit.

3-Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.

4-Kemudian, masukkan gula dan daun pandan yang dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.

5-Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais.

6-Untuk bahagian susu, masukkan garam dan kacau sebati.

7-Tuangkan bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan semula di dalam peti ais.

Selamat mencuba dirumah!

No comments

Powered by Blogger.