Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2017

SEMPENA dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 28 Februari 2017, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina (SKHMP TBC) 2017 yang berkuatkuasa mulai 23 Januari 2017 hingga 3 Februari 2017.

Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2017

Pihak KPDNKK telah menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan pada kali ini.

Skim Kawalan Harga ini dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan akan dijalankan selama 12 hari iaitu lima hari sebelum hari perayaan, satu hari pada hari perayaan dan enam hari selepas hari perayaan.

Senarai Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2017

Berikut adalah senarai lengkap harga barangan kawalan untuk Tahun Baru Cina bagi tahun 2017:

-Ayam hidup
-Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kepala, hati, pedal dan lain-lain)
-Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal)
-Telur ayam gred A (berat antara 65 gram dan 69.9 gram sebiji)
-Telur ayam gred B (berat antara 60 gram dan 64.9 gram sebiji)
-Telur ayam gred C (berat antara 55 gram dan 59.9 gram sebiji)
-Kubis bulat import (Indonesia dan China)
-Bawang putih (China)
-Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram per ekor)
-Udang putih besar (berat antara 41 hingga 60 ekor per kilogram)
-Daging babi (perut)
-Daging babi (daging dan lemak)

Para peniaga wajib untuk mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu kepada barangan harga terkawal untuk membezakan dengan barangan lain.

Sekiranya ada peniaga yang gagal untuk mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, anda boleh membuat aduan kepada kementerian ini menerusi saluran seperti berikut:

1Malaysia One Call Centre (1MOCC): 03- 8000 8000 Talian bebas tol 1-800-886-800. Emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my Aplikasi Ez-Adu. Anda boleh melaporkan di mana-mana pejabat KPDNKK yang berada di seluruh negara.

No comments

Powered by Blogger.