5 Tempat Menarik Bercuti di Negeri Terengganu

SEMPENA cuti tahun baru cina ini anda mesti tercari-cari tempat menarik untuk bercuti. Tapi manakah destinasi yang harus ditujui? Disini saya akan kongsikan destinasi menarik yang harus anda lawati di negeri Terengganu. Terengganu cukup sinonim dengan tarikan pantai dan pulau yang cantik selain makanan menarik seperti nasi dagang, keropok lekor, otak-otak, telur penyu dan lain-lain lagi.

5 Tempat Menarik Bercuti di Negeri Terengganu

5 Tempat Menarik Bercuti di Negeri Terengganu

1- Pantai Batu Buruk
Merupakan pantai rekreasi paling popular di Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh cuba disini seperti bermain layang-layang, menunggang kuda, naik kereta kuda dan macam-macam lagi.

2- Pulau Kapas

Pulau ini amat popular di negeri Terengganu. Bagi mana-mana yang datang ke sini pasti pergi ke Pulau Kapas. Apa yang menarik ada disini! Disini anda boleh lakukan aktiviti menarik seperti snorkelling dan scuba diving yang pasti menyeronokan.

3- Pulau Redang

Destinasi pelancongan yang harus anda lawati apabila berkunjung di negeri Terengganu. Di sini menempatkan hidupan laut dan terumbu karang yang cantik selain kemudahan penginapan yang mudah anda dapati.

4- Pulau Perhentian

Merupakan pulau yang terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Apa yang menarik disini anda boleh lakukan aktiviti seperti scuba diving selain snorkelling yang sungguh menyeronokkan. Anda patut sendiri ke sini untuk rasai aktiviti menarik yang anda di Pulau Perhentian.

5- Kenyir Water Park

Tempat menarik yang baru dibuka pada Mei tahun 2015. Merupakan sebuah taman tema yang terletak di tengah tasik dan perlu menaiki bot untuk datang ke sini.

Selamat bercuti!

No comments

Powered by Blogger.