5 Cara Wanita Tampil Cantik Secara Natural

INGIN tampil cantik natural tanpa mengenakan solekan tentunya menjadi dambaan setiap wanita di dunia ini. Tapi bagaimana caranya? Seperti yang dipetik dari laman magforwomen.com berikut adalah beberapa tips tampil cantik semulajadi tanpa perlu menggunakan makeup.

5 Cara Wanita Tampil Cantik Secara Natural

5 Cara Wanita Tampil Cantik Secara Natural

1. Perbanyakkan mengambil air putih

Minum sekurang-kurangnya 7-8 gelas air putih setiap hari. Air putih amat baik untuk mencegah tubuh anda terdedah kepada kekeringan. Jika anda dehidrasi, kulit anda akan kelihatan kering dan bersisik.

2. Rajin mencuci wajah

Rajinlah membersihkan wajah menggunakan satu siri produk skin care yang disukai dan sesuai dengan jenis kulit anda. Rajin mencuci wajah membuat kulit wajah anda kelihatan bersih dan cerah, kerana sel-sel kulit mati pada wajah akan terangkat.

3. Mencukur bulu-bulu di tempat yang tidak inginkan

Bulu-bulu halus yang tumbuh di tempat-tempat yang tidak anda inginkan perlu dibersihkan. Misalnya bulu halus yang boleh tumbuh di wajah. Anda boleh mencukurnya secara rutin.

4. Gunakan pelindung kulit

Gunakan pelindung kulit wajah untuk melapisi dan melindungi kulit anda dari terkena sinaran matahari yang dapat membuat kulit menjadi kering dan kusam.

5. Bersihkan kulit mati

Anda boleh membersihkan kulit mati di sekitar tubuh anda. Seperti di bahagian bibir, kutikula kuku, tumit dan telapak kaki, serta bahagian yang mudah kering dan pecah-pecah lainnya.

Semoga bermanfaat!

2 comments:

  1. :) terima kasih tips ini...yang minum banyak air putih tu bukan sahaja bagus untuk kulit malah untuk buah pinggang juga..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.