Review Filem ‘Assassin’s Creed’

               Image result for assassin's creed movie

Petang tadi baru habis tengok filem terbaru Assassin’s Creed yang kini sedang ditayangkan di pawagam. Amat mengujakan filem ini adalah adaptasi dari sebuah permainan video yang cukup terkenal. Mesti anda pon pernah main game Assassin's Creed. Kali ini saya nak kongsikan review saya terhadap filem tersebut. Tetapi bagaimana pula peminat menerima filem ini selepas menontonnya?

Sinopsis

Filem ini mengenai Cal Lynch (Michael Fassbender) yang mengembara kembali ke kurun ke-15, di mana Cal mewarisi darah Aguilar de Nerha, nenek moyang beliau yang merupakan seorang Assassins, sekumpulan pahlawan yang melindungi Apple of Eden dari sebuah organisasi yang berniat jahat, Templar Order. Sophia Rikkin (Marion Cotillard) adalah insan yang bertanggungjawab di Abstergo, fasiliti yang membolehkan Cal mengembara sebagai Aguilar.

                Image result for assassin's creed movie

                Image result for assassin's creed movie

1- Pemilihan Watak Pelakon

Pemilihan pelakon untuk filem ini adalah yang terbaik. Memang terbaik dua pelakon utama ini iaitu Michael Fassbender dan Marion Cotillard. Lagi-lagi gandingan hebat franchise Marvel dan DC Comics. Kalau anda perasan, Fassbander adalah Magneto dalam siri X-Men dan Cotillard pula Talia al Ghul dalam filem The Dark Knight Rises.

2- Teknik CGI dan Aksi 'Parkour'

Disebabkan kebanyakkan timeline filem ini adalah pada kurun ke-15, pereka grafik untuk filem ini perlu mereka kembali set kota Sepanyol pada kurun ke-15 dan ianya sangat cantik dan hebat! Tambahan lagi dengan aksi parkour oleh geng Assassins memang mengujakan anda. Costume para Assassins juga sangat awesome dan sama seperti karakter dalam permainan video.

Overall, jika dibandingkan dengan filem adaptasi permainan video yang lain contohnya Street Fighters, Tomb Rider, Tekken dan lain-lain lagi. Bagi saya setakat ini, Assasin’s Creed adalah filem adaptasi permainan video terbaik dengan barisan pelakon yang hebat, CGI yang tinggi dan dengan budget yang besar.  Kalau diberi rating, saya bagi 7.5/10.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..kak PC baru menonton petang tadi..best ceritanya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.