5 Tempat Menarik Bercuti di Negeri Kelantan


Bagi yang suka pergi melancong bersama-sama dengan keluarga terutama apabila musim cuti hujung tahun, anda bolehlah buat checklist ke mana tempat yang anda ingin bercuti. Bagi yang belum pernah ke negeri Kelantan, mulai sekarang bolehlah pergi melancong ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Pelbagai tempat-tempat menarik yang ada di sana!

Berikut adalah beberapa tempat menarik yang ada di negeri Kelantan:

1- Pantai Tok Bali

Destinasi pelancongan yang menarik anda boleh lawati di sini. Di sini, terdapat kemudahan penginapan chalet dan resort dengan kemudahan kolam renang. Selain mempunyai pemandangan laut yang cantik, di sini menjadi lokasi kegemaran pemancing.

2- Jeram Linang

Merupakan destinasi mandi air terjun yang amat popular di Hutan Simpang Ulu Sat, Machang. Di sini, anda boleh bermandi manda dengan kemudahan penginapan chalet, surau dan gerai-gerai yang disediakan kepada pelancong yang datang.

3- Wakaf Che Yeh

Dikatakan tempat menarik bagi setiap pengunjung yang datang ke negeri Kelantan. Mesti tidak lepaskan peluang datang ke Wakaf Che Yeh. Di sini, anda boleh membeli jersi bola, pakaian wanita, tudung dan makanan menarik yang ada di Kelantan.

4- Muzium Kraftangan

Dikenali juga sebagai Kampung Kraftangan yang merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk pelancong membeli barangan kraftangan seperti keychain, ukiran kayu dan sebagainya.

5- Kolam Air Panas Tok Bok

Destinasi pelancongan yang sangat popular di Machang, Kelantan. Anda sendiri boleh merasai kolam air panas semulajadi di sini.

Selamat bercuti!

2 comments:

  1. Kelantan paling best p shopping.. ekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu kak...klau nk shopping pi sana..hihi

      Delete

Powered by Blogger.