Kini Anda Boleh Mendapatkan Kad Prabayar PlayStation Network Melalui 7Eleven


7eleven dan beberapa pasaraya kini sedia menawarkan sejumlah kad prabayar untuk perkhidmatan internet, termasuk untuk Facebook, WeChat, dan Spotify. Terkini, pihak Sony turut mengumumkan yang mana mereka telah turut menyediakan kad prabayar PlayStation Network di beberapa pasaraya tempatan.

Melalui kad prabayar PlayStation Network, ia memberikan akses kepada pengguna untuk membeli dan menikmati langganan PlayStation Plus sehingga 12 bulan atau kandungan dari PlayStation Store. Dengan membelinya, pengguna akan diberikan kod khas yang membolehkan mereka menambahnya pada akaun PSN mereka, dan mendapatkan langganan digital melalui PlayStation Plus atau membeli permainan dan kandungan secara digital melalui PlayStation Store.

Kad Prabayar PSN ditawarkan pada harga antara RM100 atau RM250 yang boleh digunakan untuk membeli kandungan di PlayStation Store. Selain daripada di 7Eleven, pengguna turut kelak boleh mendapatkannya di Giant, Tesco dan juga Cosway.

No comments

Powered by Blogger.