Cara Semak Status Halal JAKIM Secara Online dan SMS

KINI dengan pelbagai kecanggihan teknologi yang membangun dengan pesat, tidak hairanlah semua kerja hanya dihujung jari anda sahaja. Sekarang tiada alasan lagi anda menggunakan produk atau bahan yang tidak halal disisi JAKIM. Mulai sekarang anda boleh menyemak status halal secara online dan melalui SMS.

              Cara Semak Status Halal JAKIM Secara Online dan SMS

Cara Semak Status Halal JAKIM Secara Online dan SMS

Secara Online:

Senarai boleh dibahagikan mengikut negeri dan juga kategori-kategori berikut: Syarikat, Hotel & Resort, Premis Makanan, Menu Makanan, Produk, Kosmetik, Farmaseutikal, Barang Gunaan, Rumah Sembelihan, Logistik dan Antarabangsa.

1-Layari Direktori Halal Malaysia di pautan
http://www.halal.gov.my/v4/index.php/my/direktori-halal/direktori-halal

2-Masukkan kata kunci dalam kotak carian dan tekan pada butang cari

3-Hasil carian akan menyenaraikan Nama & Alamat Syarikat, Tarikh Luput Sijil Halal, dan pautan kepada maklumat terperinci pensijilan.

4-Anda boleh mengecilkan skop carian kepada sesebuah negeri. Klik pada menu dropdown untuk memilih negeri.

5-Bagi hasil carian untuk kategori selain daripada Syarikat,  klik pada kategori pilihan anda di sidebar.

Melalui SMS:

1-Taip HALAL <jarak> SEMAK <jarak> [No Pendaftaran Syarikat] dan Hantar ke 15888

Contoh:
HALAL SEMAK 12345X

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.