Telegram Messenger Kini Melancarkan Platform Penulisan Tersendiri Dipanggil Telegraph
Hari ini, Telegram Messenger melancarkan salah satu platform penulisan dinamakan sebagai Telegraph sekaligus bersaing dengan beberapa perkhidmatan lain seperti QUIP.
Melalui Telegraph, pengguna boleh berkongsi penulisan panjang mereka yang mungkin tidak begitu sesuai dilakukan pada Telegram Messenger. Apa yang menariknya mengenai Telegraph adalah berbeza dengan beberapa perkhidmatan penulisan lain, ia tidak memerlukan anda mendaftar sebarang akaun.
Sebaik sahaja ke laman Telegraph, pengguna boleh terus menaip dan menerbitkan untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain. Seperti pelbagai platform penulisan lain, pengguna boleh menintegrasikan video, menambah gambar, sertakan pautan dan sebagainya.
Bersama-sama pengenalan Telegraph, pihak Telegram Messenger turut mengumumkan sokongan Instant View yang membolehkan pengguna membuka sesuatu pautan yang dikongsikan dengan lebih pantas.
Selamat mencuba!
Sumber: TELEGRAM
Wah..semakin luas cabang penulisan..
ReplyDelete