Cara Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Secara Online Dan SMS

KINI, dengan pelbagai kecanggihan teknologi setanding dengan kemajuan negara telah memudahkan orang ramai dalam menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, dengan teknologi yang ada sekarang anda boleh saja menyemak saman trafik PDRM dan JPJ dengan mudah iaitu melalui online dan sms saja.

              Cara Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Secara Online Dan SMS

Disini saya nak kongsikan cara semak saman trafik PDRM dan JPJ melalui secara online dan sms.

Cara Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Secara Online dan SMS:

Secara Online:-

1-MyEG Services
-Layari ke pautan http://www.myeg.com.my/
-Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sekiranya menggunakan servis buat kali pertama
-Klik eServices pada ruangan menu dan pilih samada PDRM atau JPJ
-Anda boleh pilih pautan yang berkenaan dan boleh menyemak saman trafik anda

2-Rilek e-Services (Hanya untuk bayaran saman PDRM sahaja)
-Layari laman web di https://www.rilek.com.my/rilek/rilek/pdrm dan perlu daftar buat kali pertama
-Anda perlu login menggunakan nama dan kata laluan
-Klik Check/PaySummons pada menu
-Anda boleh membuat bayaran disini

3-JPJ
-Layari laman web di http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis untuk semakan saman JPJ
-Pada ruangan 'Semakan Saman' , klik menu dropdown untuk membuat pilihan carian
-Pilih Kategori ID
-Anda boleh mengisi No. ID dan No. Pendaftaran Kenderaan disusuli kod securiti (captcha)
-Kemudian klik butang 'Semak' dan keputusan saman akan dipaparkan

Melalui SMS:-

1-Cara semak saman melalui PDRM

-Taip POLIS<Jarak>SAMAN<Jarak>(No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan) Hantar ke 15888

2-Cara semak saman melalui JPJ

-Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>(No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan) Hantar ke 15888 

No comments

Powered by Blogger.