Resepi Tiramisu Biskut Coklat Tiger Yang Enak

ADAKAH anda pernah merasai tiramisu biskut coklat tiger yang begitu enak? Bagi anda yang belum pernah cuba, mulai sekarang bolehlah anda cuba dengan resepi yang saya kongsikan untuk anda ini. Jom lihat resepi dibawah!

Resepi Tiramisu Biskut Coklat Tiger

Resepi Tiramisu Biskut Coklat Tiger

Bahan-bahan:

1 paket biskut coklat tiger
4 sudu tepung kastard
1 cawan air
1/2 tin susu pekat
1 cawan susu full cream @ 1 tin susu cair
1 sudu kecil asen vanilla
Secubit garam

Bahan Hiasan:

Milo, coklat chip & coklat rice

Cara Membuat:

-Kacau dalam satu periuk kecil dan masukkan susu full cream, susu pekat, 1 cawan air dan tepung kastard, dan masukkan secubit garam dan asen vanilla.

-Susun biskut tiger didalam bekas, tuang kuah kastard tadi di atas biskut, selang seli kan dengan biskut sehingga habis.

-Selepas itu, taburkan Milo, coklat chip dan coklat rice.

-Kemudian, anda boleh sejukkan di dalam peti sejuk.

Selamat Mencuba!

No comments

Powered by Blogger.