Japan Display Hadir Dengan Skrin Telefon Pintar Yang Boleh Dilipat


Beberapa bulan lepas, kita telah melihat Lenovo memperlihatkan beberapa peranti konsep mereka, termasuk salah satunya yang boleh dilipat dua menjadi telefon, atau dibuka menjadi tablet. Dengan konsep sama, kini Japan Display telah hadir dengan panel LCD seumpamanya untuk digunakan oleh pengeluar telefon pintar.

Menurut Nikkei, Japan Display sedang bekerjasama dengan salah satu pengeluar telefon pintar dari China untuk menghasilkan telefon pintar menggunakan skrin berkenaan, dan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Dengan menggunakan panel skrin ini, ia menawarkan dua peranti dalam satu, iaitu sebagai telefon pintar apabila dilipat, dan sebagai tablet apabila dibuka. Apabila ia dibuka juga, kedua-dua panel boleh digabungkan menjadi satu pendedahan besar terutamanya untuk memudahkan pengguna menikmati video. Selain itu, pengguna juga boleh menjalankan aplikasi berbeza pada setiap panel pada skrin berkenaan.

Ia dikatakan rakan kerjasama mereka adalah pada pengeluar peranti peringkat global, memperlihatkan peranti berkenaan akan turut dipasarkan di luar China.

Seperti ramai sedia maklum, Lenovo merupakan antara pengeluar dari China yang aktif bereksperimen dengan perkara baru, selain Xiaomi dan juga Huawei.

Sumber: NIKKEI

No comments

Powered by Blogger.