Gambar Terkini Naqiu, Vokalis Kumpulan Boboy Dulu Pernah Popular Sebaris New Boyz


Kenal lagi tak dengan kumpulan Boboy? Dulu kumpulan ini pernah popular sebaris dengan kumpulan New Boyz dan juga kumpulan Spin.

Ketika itu mereka masih muda remaja lagi, belasan tahun umurnya.

Kini Naqiu telah berumur 30 tahun dan telahpun berkahwin.

Yang terkini tentang vokalis Boboy ini, Naqiu masih lagi menyanyi di kelab-kelab.

Jom baca sedikit komennya:

Kini Masih Menyanyi

"Saya masih menyanyi dan dunia nyanyian bagaikan tak mampu dipisahkan daripada diri ini. Cuma, pentas saya kini bukan lagi di arena muzik komersial. Zaman popular saya sudah habis.

"Sejak 10 tahun lalu, saya menyanyi di kelab malam.

"Menyanyi di kelab pula memerlukan saya membawa pelbagai genre muzik. Biasalah, kita kena ikut permintaan pelanggan dan tetamu yang hadir ke situ.

Ketika menyanyi di kelab juga saya banyak belajar mengenai perihal muzik, termasuk cara nyanyian yang betul.

"Malah, apa yang saya timba itu langsung tidak saya peroleh ketika menyanyi pada zaman remaja dulu,"

Kini Telah Berkahwin

"Sudah enam tahun saya berkahwin dan kini mempunyai empat anak yang berusia antara satu hingga empat tahun,"

1 comment:

  1. Alhamdulillah..moga terus success dalam bidang yang diceburi..amin..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.