10 Fakta Tentang Presiden Amerika Syarikat Baru, Donald Trump


Pilihan raya untuk memilih presiden Amerika Syarikat yang baru menjadi perbualan hangat diseluruh dunia. Kerana, siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin negara itu sudah pasti ada kesannya kepada negara-negara lain terutama kepada negara Islam termasuklah Malaysia sendiri.

Maka, pada 8 November 2016 menyaksikan Donald Trump menang pilihan raya mengalahkan pencabar terdekat Hillary Clinton sekaligus berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat yang baru iaitu yang Ke-45 mengantikan Barrack Obama pada tahun hadapan.

Berikut merupakan 10 fakta tentang Presiden USA baru, Donald Trump:

1. Nama Sebenar
Nama sebenar Donald Trump adalah Donald John Trump. Mudah dikenali sebagai Donald Trump.

2. Tarikh Lahir

Dilahirkan pada 14 Jun 1946 di New York City, New York, Amerika Syarikat.

3. Menjadi Presiden Tertua Amerika Syarikat

Apabila memenangi pilihan raya Amerika Syarikat pada 8 November yang lalu, sekaligus menjadikan Trump adalah presiden paling tua Amerika Syarikat yang dilantik pada usia 70 tahun dalam sejarah Amerika Syarikat.

4. Keturunan

Ayah Trump merupakan berketurunan Jerman manakala ibunya keturunan Scotland. Trump dilahirkan dan dibesarkan di New York City, US.

5. Profesion

Beliau merupakan seorang usahawan terkenal dalam bidang hartanah. Merupakan pengerusi dan presiden 'The Trump Organization'.

6. Muncul dalam rancangan 'The Apprentice'

Donald Trump pernah menjadi penerbit eksekutif dan pengacara dalam rancangan The Apprentice dan The Celebrity Apprentice pada tahun 2004 sehingga 2015.

7. Pernah bankrap sebanyak 6 kali

Perniagaan hotel dan kasino milik Trump pernah mengalami kebankrapan selama 6 kali diantara tahun 1991 dan 2009.

8. Memiliki 3 Isteri dan 5 Anak

Pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan Melania Knauss, seorang model merupakan isterinya kini. Trump juga mempunyai 5 anak sepanjang perkahwinannya dari isteri pertama.

9. Nilai Aset Kekayaan

Forbes menganggarkan kekayaan Donald Trump bernilai $ 3.7bilion sekaligus menjadikan dia ahli politik paling kaya dalam sejarah Amerika Syarikat. Pada tahun 2016, dari keluaran forbes Donald Trump menjadi orang 324 paling kaya di dunia dan 156 di Amerika Syarikat.

10. Kontroversi

Trump terkenal dengan sikapnya yang anti-Islam, rasis dan sexist. Malah perlantikan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat merupakan satu mimpi buruk buat rakyat Amerika sendiri.


No comments

Powered by Blogger.