Sinopsis Drama Korea Sedang Hangat The K2 Lakonan Ji Chang Wook Dan Yoona


Drama Korea terbaru berjudul K2 telah disiarkan di saluran TVN korea, telah diterajui oleh pelakon-pelakon hebat korea iaitu Ji Chang Wook (Healer) dan Yoona (ahli kumpulan Girls Generation). Drama ini telah diarahkan oleh pengarah terkenal Kwak Jung Hwan (drama popular Local Hero) dan penulis skrip terkenal Jang Hyeok Rin (drama popular YongPal).

Drama ini telah ditayangkan pada 23 September 2016 di saluran Tvn di korea dan telah mendapat sambutan hangat peminat di seluruh dunia. Rata-rata drama ini mendapat perhatian ramai kerana jalan cerita dan lakonan hebat para pelakonnya.

Mari lihat sinopsis drama ini dibawah:

Kim Jae Ha (Ji Chang Wook) adalah bekas askar yang telah dibuang negara dan akhir telah dilantik untuk menjadi pengawal peribadi iaitu (The K2) oleh Choi Yoo Jin (Song You A) iaitu adalah seorang isteri calon presiden dan anak perempuan orang kaya. Sementara itu Ko An Na (Yoona) adalah anak perempuan rahsia calon presiden tersebut dan akan dijaga oleh Kim Jae Ha yang telah lama hidup terseksa. Jadi apakah kesudahannya, bolehkah Kim Jae Ha membantu Anna untuk menyelamatkan dirinya. Mari sama-sama kita saksikan kesudahan drama ini!

The K2 -Drama Korea:

Tajuk: The K2
Genre: Drama, Action
Episod: 16 Episod
Pengarah: Kwak Jung Hwan
Penulis Skrip: Jang Hyeok Rin
Siaran: tvN
Waktu Tayangan: 23 September 2016, Jumaat dan Sabtu jam 10-00 malam.

Barisan Pelakon:

Ji Chang Wook sebagai Kim Jae Ha
Yoona sebagai Ko An Na
Song Yoo A sebagai Choi Yoo jin

Gambar:



No comments

Powered by Blogger.