Senarai Penuh Peserta Pencetus Ummah 4 (2016)



Program realiti Islamik, Pencetus Ummah kembali bagi musim terbaharu bertemakan 'Penyatuan'. Seramai sembilan peserta telahpun terpilih untuk bertanding di pentas Pencetus Ummah yang kini memasuki musim keempat. Program tersebut bakal bersiaran secara langsung selama tujuh minggu mulai 27 Oktober 2016 (Khamis) jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (saluran 135).

Musim terbaharu kali ini turut memperlihatkan pendakwah terkemuka, Prof. Madya Dato Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan nama Dr. Maza dipilih menjadi juri tetap di samping bekas penyampai radio serta pengacara popular, Fara Fauzana. Manakala penceramah terkenal, Dato 'Ustaz Badli Shah Alauddin akan menggalas tugas sebagai Mudir dan pelakon terkenal, Fauziah Nawi akan bertindak selaku Guru Persembahan.

Bekas peserta Pencetus Ummah sendiri, PU Azman dan hos popular, Faizal Ismail (FBI) dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas sebagai Peguam Mimbar Pencetus Ummah. Pelakon jelita, Anis Al Idrus pula akan memandu program 'Serambi Pencetus Ummah' yang bakal memaparkan aktiviti serta proses pembelajaran yang dilalui para peserta sepanjang mereka berada di Pencetus Ummah.

SENARAI PESERTA PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016:

1. Mohamad Faris Abu Bak | 20 tahun

2. Muhammad Haris Mohd Ismail | 21 tahun

3. Raihan Husni | 26 tahun

4. Akram Ikram Taib Azamudden | 27 tahun

5. Muhammad Rozi Harun | 28 tahun

6. Abdul Latif Yahaya | 31 tahun

7. Mohd Affendi Mohamed Nor | 34 tahun

8. Zulkornain Md Rejab | 41 tahun

9. Nor Hamizi Jamaluddin | 41 tahun

No comments

Powered by Blogger.