JAIS Melancarkan Amar Aplikasi Melaporkan Jenayah Syariah


Agama harus bergerak selari dengan kepesatan teknologi. Teknologi kini digunakan oleh pendakwah untuk mendekatkan diri kepada ummah menerusi media sosial. Di Amerika Syarikat Ustaz Suhaib Webb menggunakan Snapchat untuk berkongsi khutbah mini dengan pengikut beliau. Di Selangor kini wujud aplikasi Amar yang dilancarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi melaporkan pelbagai jenayah syariah menerusi peranti pintar.

Menerusi aplikasi ini jenayah maksiat dan ajaran sesat boleh dilaporkan kepada pihak JAIS. Pada masa yang sama maklumat mengenai undang-undang syariah, lokasi masjid terdekat, pegawai JAIS dan berita terkini turut boleh diakses oleh pengguna. Apa yang dilakukan JAIS ini selari dengan apa yang dilakukan oleh beberapa agensi kerajaan lain yang membenarkan laporan daripada orang awam menggunakan aplikasi pintar.

Seperti kami laporkan sebelum ini, pihak PDRM melancarkan aplikasi Volunteer Cop bagi yang memnbolehkan jenayah dilaporkan dengan memuat naik gambar serta video.

Muat Turun:  Amar oleh JAIS di Google Play Store

Sumber: Utusan

No comments

Powered by Blogger.