Intipati Kandungan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia


Bajet 2017 bakal dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada hari Jumaat 21 Oktober 2016 bermula jam 4 petang oleh Perdana Menteri juga merangkap menteri kewangan, YAB Dato 'Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Penekanan utama kerajaan untuk Budget 2017 adalah terhadap tanggungjawab kerajaan dalam melengkapkan aku janji pilihan raya sebelum ini dengan berlandaskan komitmen rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Belanjawan Malaysia 2017 disifatkan sebagai 'bajet komitmen' bagi terus memacu pertumbuhan ekonomi, sekali gus menjana manfaat kepada pelbagai pihak sambil kerajaan juga terus komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan mengagihkan belanjawan secara bijaksana.

INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2017 BELANJAWAN MALAYSIA

Berikut adalah ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2017 yang akan dikemaskini sepanjang pembentangan berlangsung:

Kandungan Intipati Penting Bajet 2017

Tema Bajet 2017


MENJAMIN PERPADUAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI, MENGHEMAT PERBELANJAAN INKLUSIF, MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH

Ringkasan Penuh Kandungan Intipati Penting Bajet 2017

Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016

RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

Dengan adanya GST, kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan.

Malaysia kini sebuah negara upper middle income, mengatasi banya negara bukan sahaja di Asia, namun di seluruh dunia.

KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia telah meningkat daripada USD23,100 pada 2012 kepada USD26,891 pada 2015.

Pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama 2016 adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32%, tidak termasuk pelaburan domestik lebih RM60 bilion.

Pertemuan PM dengan komuniti perniagaan Jerman bulan lalu, 'mereka nyatakan minat untuk kekal dengan pelaburan di sini, yakin dengan dasar-dasar kerajaan.

Syarikat Osram telah umum pelaburan 1BE, hampir RM5 bilion. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim Kedah ini adalah yang terbesar dan terkini di dunia.

Minggu hadapan, PM akan ke China pula. PM minta doa agar lawatan ini akan membawa kejayaan yang lumayan untuk negara.

Bajet2017 digubal dengan berpegang kepada 5 prinsip dan falsafah kerajaan.

PM juga zahirkan ucapan takziah kepada keluarga beberapa insan yang banyak berjasa kepada negara, seperti Allahyarham TS Hj Abdul Aziz Tapa, Allahyarham Tuan Guru Ustaz Datoí Dr Haron Din.

Menghargai Khidmat Bakti Dan Jasa Penjawat Awam

Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa juga diberi kepada kumpulan pelaksana.

Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari.

Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun.

Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan dari serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi dari RM600,000 ke RM750, 000.

Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000.

Pegawai 'contract of service & contract for service' yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan terus sekurang-kurangnya setahun lagi.

Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar.

Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

Hampir 2,600 doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak.

Bonus tiada, bagaimanapun kerajaan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 untuk penjawat awam serta pesara kerajaan sebanyak RM250 dan akan dibayar pada awal Januari 2017.

PM membetulkan beberapa tuduhan yang dimomok oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengeliru & timbulkan keresahan tidak menentu.

Kesejahteraan Rakyat

Sebanyak 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang, libatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah & Sarawak.

Bina dan naik taraf 616 km jalan kampung & jambatan bagi tingkatkan rangkaian perhubungan kampung, pekan & bandar dengan peruntukan RM1.2 bilion.

Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6 bilion disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod jalan Raya Malaysia.

Bina & baik pulih 17,000 unit rumah usang & daif di kampung terpencil & penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM350 juta.

Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM1, 000 hingga RM15,000 bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut.

Tingkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan RM732 juta, mensasarkan 5,200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air.

Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, kerajaan memperuntukkan geran RM156 juta & RM509 ​​juta dalam bentuk pinjaman.

Untuk atasi masalah bekalan air di seluruh negara, Tabung bekalan air akan diwujudkan segera, berperuntukkan RM500 juta.

Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10,000 buah rumah dengan peruntukan RM460 juta.

Kerajaan akan laksana Projek Mesra Rakyat dengan RM800 juta untuk naik taraf & bina surau, titi, parit, balai raya , pasaran & gerai perniagaan kecil.

69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM495 juta.

Inisiatif baru MyBeautiful New Home khusus kpd B40, dengan peruntukan RM200 juta. 5,000 unit rumah akan dibina dengan harga RM40k-50k seunit. Kerajaan akan membiaya RM20,000 dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah dapat kebenaran tuan tanah & tanah kurniaan kerajaan negeri.

KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak RM134 juta bagi 2017.

11,250 rumah PPR sedang dalam pembinaan, RM576 juta disediakan . Rumah ini dijual dgn harga RM35k- rm42k walaupun kos pembinaan RM120k-160kBagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kumpulan B40, RM275 juta diperuntukkan.

Merajaan sediakan peruntukan subsidi hampir RM10 bilion, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol & pengangkutan awam.

Kerajaan perkenal Bantuan Musim tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi 3 bulan pada Nov, Dis & Jan, manfaatkan 440,000 pekebun kecil & penoreh getah.

Bagi meringankan beban sara hidup 57,000 nelayan, pemberian elaun RM200 - RM300 sebulan akan diteruskan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 

BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200.

BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan dari RM800 kepada RM900.

Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan dari RM400 kepada RM450.

Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah & warga emas dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Pendidikan TVET

9 Buah kampus Institut Pendidikan Guru akan diubahsuai untuk menjadi politeknik dan Kolej Vokasional.

4 buah akan menjadi politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.

Di atas inisiatif kreatif ini, hanya RM400 juta diperuntukkan berbanding RM250 juta untuk bina sebuah politeknik baru, jimatkan kerajaan RM2 bilion.

RM270 juta disediakan untuk naik taraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta RM360 juta bagi Perbadanan Tabung pembangunan Kemahiran.

Potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan Structured Internship Programme.

Geran padanan latihan & pembangunan kurikulum diberi kepada institusi TVET awam yg dapat sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri.

RM50 juta disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20,000 graduan bagi 2017, berbanding 15,000 graduan pada 2016.

Kerajaan akan sediakan tanah kerajaan yang tidak digunapakai di lokasi strategik kpd GLC & PR1MA untuk bina lebih 30,000 rumah, harga RM150k-RM300k.

Perumahan / PR1MA / Rumah Mesra Rakyat

Kerajaan akan bina 10,000 rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baru bekerja.

Syarikat Perumahan Negara Bhd diperuntukkan RM200 juta utk bina lebih 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi kerajaan sehingga RM20, 000 seunit.

Skim Pembayaran Akhir Atau end-financing Khas Program PR1MA.

Proses permohonan akan mula dilaksana pada 1 Januari 2017, hasil kerjasama antara kerajaan, BNM, KWSP & 4 bank iaitu Maybank, CIMB, RHB & AmBank.

Pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan.

Layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja antara 1 Jan 2017 - 31 Dis 2018.

Untuk pembangunan infrastruktur bagi rumah Generasi Kedua, FELDA, FELCRA & RISDA masing-masing diperuntukkan RM200 juta, RM100 juta & RM100 juta lagi.

Pelepasan cukai individu untuk pembelian bahan bacaan, komputer & peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup. Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017

4 lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, P.Pinang & S'gor. 3 lagi RTC di S'gor, Sabah & Sarawak akan dibina dengan peruntukan RM100 juta.

Kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi RM1 juta akan dinaikkan dari 3 kpd 4% mulai 1 Jan 2018.

Projek rakyat-centric akan diteruskan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta berjumlah RM10 bilion.

Pembangunan Sukan Dan Penganjuran Sukan SEA KE-29 / Sukan PARA ASEAN Ke-9RM50 juta bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang.

RM122 juta bagi membina & naik taraf fasiliti termasuk Kompleks Belia & Sukan Negeri-Negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia & Kompleks Sukan Komuniti.

RM70 juta bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa.

RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program penyediaan atlet dan Program penyediaan atlet Paralimpik.

Kesihatan

Membina & naik taraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru.

Naik taraf kemudahan dengan RM536 juta, termasuk peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, P.Pinang, Sultanah Aminah JB & 100 ambulan.

RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik DesaRM4 bilion untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan.

Bagi kurangkan kesesakan hospital awam, kerajaan kerjasama dengan swasta / NGO yang kendali non-profit charitable hospital ikut kadar kos hospital kerajaan.

Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.

Peruntukan RM110 juta, di mana RM70 juta untuk bantuan perubatan kepada 10 ribu pesakit kurang mampu.

Bagi menggalakkan lebih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, RM40 juta diperuntukkan sbg geran one-off RM200 ribu untuk beli peralatan.

RM80 juta bagi inisiatif pencegahan penularan wabak denggi & zika, dan juga memperluaskan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara.

Jaminan Bekalan Makanan

RM140 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan empat lagi MyFarmOutlet & tambah baik 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia.

Pemandu Teksi / Uber

Bagi pemandu teksi, RM60 juta untuk geran RM5 ribu untuk beli kenderaan baru & tawarkan permit teksi individu, manfaat 12 ribu pemandu.

Geran pelancaran RM60 juta untuk Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan diperkenal.

Pemandu teksi perlu carum kadar RM157- RM443 setahun / RM13.08 sebulan. Jika kemalangan waktu kerja, layak tuntut PERKESO.

Bagi bantu B40 khususnya penerima BR1M jana pendapatan tambahan, kerajaan galakkan penyertaan sebagai pemandu ride-sharing seperti Uber.

Pendapatan boleh cecah RM1,500 / bulan jika pandu separuh masa 10-40 jam seminggu & RM4,300 jika melebihi 40 jam seminggu.

Jika tidak mempunyai kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat guna BR1M & rebat RM4,000 bagi pembelian Proton Iriz.

RM29 juta untuk naik taraf sistem perparitan & bina 2 Overhead Motorcycle Ramp di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan.

RM2.1 bilion untuk pembangunan infra & sosio ekonomi di 5 koridor iaitu: Wilayah Iskandar Msia, Wilayah Ekon Koridor Utara, Wilayah Ekon Pantai Timur, Koridor pmbangunan Sabah & Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.

RM522 juta untuk MIDA bagi sektor tumpuan termasuk industri kimia, elektrik & elektronik serta aktiviti R & D.

Untuk giatkan pasaran modal tempatan, Small and Mid-Cap PLC Research Scheme diperkenal bagi penyelidikan ke atas 300 syarikat.

Tempoh pengecualian cukai pndapatan untuk entiti Perbankan Islam & Takaful jalankan aktiviti matawang asing International Currency Business Unit.

Untuk menggalakkan golongan muda buat pelaburan jangka panjang, kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS.

RM286 juta disediakan utk pengeluaran eksport perladangan sawit , getah, koko dan lada.

Penambahbaikan Kemudahan 

PerlanconganRM400 juta diperuntukkan, antaranya untuk inisiatif clean air dan ecotourism.

Tempoh permohonan Taraf Perintis & Elaun cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel baru 4 & 5 bintang, dilanjutkan 31 Dis 2018.

Potongan cukai RM500 ribu dinaikkan kepada RM700 ribu bagi sektor swasta taja persembahan kesenian, kebudayaan & warisan tenpatan luar negara.

Program promosi Malaysia dengan Kempen tahun melawat ASEAN @ 50 sempena ulang tahun ASEAN & sebagai tuan rumah Sukan SEA & Sukan Para ASEAN 2017.

Bagi capai sasaran 32 juta pelancong tahun hadapan, Kerajaan akan meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan.

RM162 juta diperuntukkan untuk MDEC bagi pelbagai program.

Internet

Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb / s pd RM149 kini dapat 10mb / s.

Kerajaan akan lancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat.

SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan & kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.

RM200j teruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran per Kapita prog TABIKA & TASKA, tmbah baik pakej permakanan manfaat 280ribu kanak-kanak.

RM132 juta disediakan untuk tingkatkan akses kepada pendidikan pra-sekolah percuma di sekolah Kerajaan, manfaatkan 200 ribu kanak2.

Akses Pendidikan Percuma sekolah rendah Menengah.

Bangunkan smula 120 sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah & 30 di Sarawak guna IBS & naiktaraf 1800 makmal sains, peruntukn RM570j.

Siapkan pembinaan 227 sekolah, termasuk 8 sekolah baru dengan peruntukan RM478 juta.

Perluas program penguasaan B. Inggeris melalui Cambridge English, Dual Language & Highly Immersive dengan peruntukan RM90j.

Untuk 430 ribu pendidik kita, menerusi SKMM RM340 juta diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bag mudahkan tugasan.

Bantuan Kos Perbelanjaan Persekolahan

Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kpd setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu, memanfaatkan 3.5 juta murid.

RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid.

RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah.

RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan , bantuan Buku Teks dan bantuan Geran Per kapita.

Geran sepadan disediakan kpd pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dlm akaun SSPN-i.

Menyediakan Elaun bulanan murid Berkeperluan Khas sebanyak RM150 kpd 67 ribu murid; serta menukar bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas.

RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Daripada jumlah tersebut:

RM250j utk Sekolah Kebangsaan;
RM50j kpd Sekolah Jenis Kebangsaan Cina;
RM50j bg Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil;
RM50j utk Sekolah Mubaligh;
RM50j utk Sekolah Berasrama Penuh
RM50j kpd Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
RM50j kpd Sekolah Pondok berdaftar
RM50j kpd MRSM

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT, Kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kpd 50 sekolah dgn peruntukan RM10j.

Meningkatkan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 

Bagi tingkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, RM7.4 bilion disediakan kepada 20 universiti awamRM1.4 bilion kepada 4 hospital universiti, manakala RM300 juta utk pemerkasaan 5 universiti penyelidikan.

Tambahan lagi, RM100 juta utk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelekBaucar buku diganti dgn kad debit pelajar RM250, boleh beli buku, alatulis, alatan komputer & akses internet.Manfaat 1.3 j pelajarPemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk

RM1.6b menerusi JPA
RM2b menerusi MARA
RM250j menerusi Kem Pen Tinggi
RM208j menerusi Kem Kesihatan
RM194j menerusi Kem Pendidikan
RM28j menerusi Kementerian Sumber Manusia
RM21j menerusi KBS

PTPTN

Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan: Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Insentif ini berkuatkuasa pada besok hari, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.

Inisiatif Kepada Golongan Mudah Terjejas

Bantuan keluarga miskin liputi bantuan Am sehingga RM300 / bln & bantuan Kanak2 sehingga RM450 / bln diteruskan, manfaat 69k keluarga.

RM424j termasuk bantuan sosio-ekonomi warga emas RM300 sbg saraan hidup & program wang saku. 8 Pusat Aktiviti Warga Emas baru.

RM535j memanfaatkan hampir 150k OKU merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak2 OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja.

Pelepasan GST kpd OKU brdaftar utk beli peralatan bntuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop brg layak pelepasan diperluas.

Kerajaan juga komited untuk menambah baik pengangkutan awam di luar bandar.

Yayasan Penjaja Dan Peniaga Kecil 1Malaysia.

RM20j disalurkan kpd Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia utk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.

Bagi masyarakat India, RM50j bagi program peningkatan kapasiti & pendapatan, RM150j utk program pembiayaan perniagaan TEKUN & Amanah Ikhtiar Malaysia.

Meningkatkan Peluang Usahawan Malaysia

RM100j kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera.

RM100j kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka.

RM300j kpd TEKUN, bg bantu usahawan kecil majukan prniagaan, termasuk skim baru temanita, khusus utk usahawan mikro wanita.

RM200j kpd Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bagi melaksanakan Program pembiayaan keusahawanan & Perintis Perniagaan.

RM120j kpd MARA bg plbagai prog keusahawanan antaranya prusahaan industri halal, pmbangunan usahawan belia, dan lain-lain.

Dana mudah-cara brjumlah RM500j menerusi TERAJU utk bantu syrkt2 bumiputera utk kembangkan perniagaan atau mulakan perniagaan baru.

RM100j untuk TERAJU bg Tabung Eksport bagi syarikat2 bumiputera menembusi pasaran antarabangsa.

RM100j menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bg prog Peneraju Skil & Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas.

Operasi ESSZONE / Keselamatan Negara

Bagi tingkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, RM323j diperuntukkan utk penugasan anggota di sempadan kwsn Timur Sabah.

Mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, & Pangkalan operasi Hadapan Helikopter. Tmpatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8 × 8.

Kenderaan perisai 4 × 4 di Lahad Datu, penempatan skuadron psawat pejuang Hawk & helikopter Eurocopter EC-725 di pgkln Terbang Labuan.

RM12.8b utk KDN termasuk RM8.7b utk PDRM. Antaranya bina 12 ibu pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69 dan lain-lain.

Wanita / Perlepasan Cukai

Bagi hal ehwal wanita, RM2b utk program2 seperti I-KIT, I-KeuNita dan program Women Career Comeback.

Pelepasan cukai baru shingga RM1k bg pmbelian peralatan pnyusuan ibu. Pelepasan setiap 2 tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.

Pelepasan cukai sehingga RM1k diberi kpd pmbayar cukai individu hantar anak 6 tahun ke bawah ke taman asuhan & pra-sekolah berdaftar, mula 2017.

Pelepasan cukai sehingga RM1k diberi kpd pmbayar cukai individu hantar anak 6 tahun ke bwh ke taman asuhan & pra-sekolah berdaftar, mula 2017

Elaun

Elaun ketua kampung, pengerusi JKKK & Persekutuan, termasuk Ketua Kampung

2 Baru dan tok2 batin, dinaikkan drp RM800 kpd RM900.

Elaun Imam di bawah JAKIM dinaikkan drpd RM750 kpd RM850 sebulan, memanfaatkan 15k Imam seluruh negara.

Elaun guru KAFA juga akan dinaikkan drpd RM800 kpd RM900 sebulan, sekali gus memanfaatkan hampir 33 ribu guru.

Elaun para pembantu KEMAS akan dinaikkan drpd RM400 kpd RM500, melibatkan hampir 11 ribu orang.

Buat pertama kalinya, Kerajaan memperuntukkan RM30j bg selaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

Akta Kebankrapan 1967

Kerajaan ambil langkah positif pinda Akta kebankrapan 1967 mulai awal tahun dpn, berkait mereka yg telah diisytiharkan bankrap.

No comments

Powered by Blogger.