Cara Mempercepat Loading Halaman Blog Anda

Cara Mempercepat Loading Halaman Blog Anda|PAGI ni rajin pulak aku nak kongsikan satu teknik SEO iaitu cara mempercepat loading halaman blog anda. Banyak manfaat yang blog anda akan dapat sekiranya halaman blog anda dapat loading dengan cepat. Tips yang aku berikan ini berdasarkan pengalaman aku sepanjang menjadi seorang blogger.

             Cara Mempercepat Loading Halaman Blog Anda

Antara berikut adalah:

1. Post

Jumlah postingan / artikel yang dipaparkan pada halaman awal atau homepage faktor utama mempengaruhi kelajuan loading access. Jangan terlalu banyak memaparkan postingan pada halaman depan. Saya sarankan agar hanya 8-10 post sahaja di homepage.

2. JavaScript dan Links Pihak ketiga

Untuk mengoptimumkan kelajuan loading blog anda, anda diminta menggunakan google / blogger widget yang sudah sedia ada. Tetapi kalau jika anda terpaksa gunakan javascript punya pihak ketiga, agar kelajuan loading access tetap optimum letakkan javascript pihak ketiga tersebut pada footer atau pada bahagian paling bawah sidebar.

3. Gambar

Tahukah anda semakin banyak gambar pada homepage maka semakin lambat kelajuan loadingnya. Jadi disini cara nak mengawal saiz gambar dan kualitinya dengan menggunakan program pengeditan imej seperti adobe photoshop.

4. Elakkan CSS Expression

Apa yang dimaksudkan dengan CSS expression? CSS ini digunakan jika anda ingin membuat CSS yang dinamik. Contohnya membuat gambaran warna background berubah setiap jamnya. CSS expression ini boleh membuat pelayar menganalisa laman berulang kali. Bayangkan saja, hanya dengan mengayunkan pointer mouse menyeberangi laman, pelayar anda boleh menganalisa laman hingga ribuan kali. Jadi sebaiknya elakkan atau gunakan one time expression untuk mengurangkan intensiti pengiraan yang dilakukan bimbit anda.

Semoga tips ini dapat membantu anda dalam menambah baik kelajuan loading homepage blog anda. 

No comments

Powered by Blogger.