Inilah Negara Arab Pertama ‘Hos’ Piala Dunia Remaja Perempuan


JORDAN melakar sejarah tersendiri apabila menjadi negara Timur Tengah pertama kepada kejohanan bola sepak Piala Dunia Remaja Perempuan bawah 17 tahun.

Kejohanan yang bermula pada 30 September hingga 21 Oktober 2016 itu merupakan edisi ke-5 yang dianjurkan oleh FIFA U-17 Women 's World Cup dengan menampilkan 16 pasukan dari seluruh dunia.

Memetik laporan daripada Berita MediaCorp Singapura, Jordan bukan sahaja menjadi tuan rumah kepada acara tersebut malah turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FIFA U-17 Women 's World Cup, Samar Nassar percaya penganjuran ini dapat membuka lembaran baharu buat masyarakat rantau Timur Tengah mengenai penglibatan wanita dalam acara sukan yang kebiasaannya dimonopoli oleh kaum lelaki.

Kami mungkin masih berdepan dengan banyak lagi halangan termasuk dari segi sosial yang menghalang penyertaan wanita dalam sukan.

"Namun penganjuran Piala Dunia ini menjadi pemangkin bagi perubahan yang kami mahu," katanya.

Menerusi Program Pusat Akar Umbi Wanita Putera Ali, stigma masyarakat mengenai sukan bola sepak mula berubah apabila diperkenalkan kepada remaja perempuan berusia 10 hingga 14 tahun.

Meskiun pada mulanya mendapat tentangan hebat daripada masyarakat setempat, kini sukan bola sepak dimainkan di 13 tempat di seluruh Jordan.

Hasil usaha program yang dijalankan, Jordan berjaya menghasilkan lebih 300 remaja perempuan terlibat secara aktif dalam sukan ini.

Malah kerajaan Jordan juga telah menyediakan kemudahan dikenali sebagai Zon Peminat untuk warganya menyaksikan sesebuah perlawanan yang berlangsung. -

Sumber: Berita MediaCorp Singapura

No comments

Powered by Blogger.