Foto Pra Perkahwinan Amar Baharin dan Amyra Rosli di London


PASANGAN popular, Amar Baharin dan Amyra Rosli baru-baru ini terbang ke United Kingdom bagi menjalani penggambaran drama di sana.

Alang-alang dah ke sana, pasangan itu mengambil keputusan untuk mengabadikan gambar pra perkahwinan mereka di negara tersebut.

Menggunakan tema hitam dan putih bagi latar belakang kepada detik-detik indah tersebut, Amyra kelihatan cukup anggun dengan gaun glamor yang digayakannya manakala Amar segak bersut lengkap berona biru.

Bakal diijabkabulkan pada 11 November ini, majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan keesokan harinya sementara di pihak Amar pada 19 November.

Menurut Amar, 11 November dipilih sebagai tarikh penyatuan cinta mereka kerana ia merupakan tarikh ulang tahun kelahiran bapa aktres tersebut.



No comments

Powered by Blogger.