Bila Tarikh Duit BR1M 2017 Dapat dan Masuk Akaun?


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan / kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya.

Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BR1M 2017

Bagi setiap permohonan yang telah diluluskan / berjaya akan mendapat manfaat nilai atau jumlah bantuan kewangan bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) untuk tahun 2017 adalah seperti berikut

Kategori Isi Rumah:

1,200
Pendapatan Kasar Bulanan
-RM3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)

Jadual Tarikh Pembayaran
-Tarikh dan jadual pembayaran belum dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

900
Pendapatan Kasar Bulanan
-RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas).

Jadual Tarikh pembayaran
-Tarikh dan jadual pembayaran belum dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Kategori E-Kasih:

1,200
Pendapatan Kasar Bulanan
-RM1,000 dan ke bawah (termasuk warga emas) .

Jadual Tarikh Pembayaran
-Tarikh dan jadual pembayaran belum dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) .

Kategori Individu Bujang 21 Tahun Keatas:

450
Pendapatan Kasar Bulanan
-RM2,000 kebawah

Cara Pembayaran Diterima
-Tarikh dan jadual pembayaran belum dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

#Agihan BR1M 2017 mengikut tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengar kadar segera.

Duit BR1M 2017 Masuk Dalam Akaun Penerima 

Pembayaran akan dibuat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini.

Duit BR1M 2017 Dalam Bentuk Baucar

Sebahagian kecil penerima yang belum mempunyai akaun bank atau tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat / mengemaskini permohonan akan menerima BR1M dalam bentuk baucar yang akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank simpanan Nasional (BSN) atau senarai bank lain yang terlibat dengan pembayaran BR1M.

Pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat boleh berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank.

Cara Buat Semakan Status permohonan 

-Untuk mengetahui permohonan diluluskan atau tidak, pemohon boleh membuat semakan melalui kaedah berikut

Hubungi Talian Bantuan 

-Hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my


No comments

Powered by Blogger.