3 Perkara Boleh Lakukan Jika Ingin Jadi Orang Pertama Yang Masuk Syurga


SETIAP orang muslim tentu mahukan masuk syurga. Ya, syurga adalah tempat yang paling indah sepanjang masa. Keindahannya melebihi segala apa yang ada di dunia ini. Bahkan, orang yang boleh masuk ke dalamnya, akan kekal buat selama-lamanya. Ia tidak akan merasakan kesulitan dan penderitaan. Hanya ada kebahagiaan dan kesenangan saja yang dirasai.

Syurga adalah hadiah terindah bagi manusia pilihan Allah. Ya, hanya manusia-manusia pilihan dan tertentu sajalah yang boleh memasuki syurga. Siapakah mereka? Dialah orang yang selalu melakukan kebajikan di muka bumi ini.

Orang yang masuk syurga pun mempunyai darjat yang berbeza. Orang yang masuk pertama kali ke syurga ialah orang yang mempunyai darjat tertinggi. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Said, Rasulullah ï·º bersabda, "Golongan yang pertama kali masuk syurga bagaikan bulan purnama, golongan yang kedua bagaikan bintang-bintang yang bersinar di langit. Setiap seorang daripada mereka mendapat dua isteri (bidadari), setiap isteri memakai 70 perhiasan, (keelokan dan kehalusan kulit bidadari) hingga tampak sumsum betisnya dari sebalik kulitnya. "

Ada beberapa amaliyah yang mempunyai keutamaan yang boleh menyebabkan pelakunya mendapat ijazah terhormat di sisi Allah, dan ia termasuk golongan pertama yang masuk syurga. Apa sajakah itu?

1. Orang-orang yang selalu bersyukur dan selalu memuji kepada Allah, tidak pernah mengeluh dan merintih. Rasulullah ï·º bersabda, "Orang yang pertama kali masuk syurga adalah orang yang memuji, iaitu orang yang memuji kepada Allah, baik dalam keadaan bahagia mahupun susah."

2. Orang yang taat kepada Allah di mana pun ia berada, dan patuh pada atasannya dalam hal yang makruf. Rasulullah ï·º bersabda, "Orang yang pertama mendahului masuk syurga adalah seorang hamba yang taat kepada Allah dan taat kepada tuannya."

3. Orang yang suka berbuat makruf atau kebaikan semasa hidupnya. Kebaikan di sini bermaksud kebaikan dalam pandangan syariah. Rasulullah ï·ºbersabda, "Sesungguhnya ahli makruf (suka berbuat baik) di dunia, mereka akan menjadi ahli makruf di akhirat. Orang yang pertama kali masuk syurga adalah mereka yang ahli makruf. "

Waallahualam...mudahan kita ditempatkan dikalangan penghuni syurga milik Allah swt. Aminnn...

No comments

Powered by Blogger.