29 Oktober 2016 Sambutan Hari Deepavali Tarikh Cuti Umum Malaysia


Penganut agama Hindu di Malaysia akan menyambut hari Deepavali tahun 2016 pada hari Sabtu 29 Oktober 2016.

Menurut Persatuan Hindu Sangam Malaysia secara rasmi memaklumkan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam juga memutuskan perayaan Deepavali bagi negara Malaysia tahun 2016 jatuh pada tarikh 29 Oktober 2016 (Sabtu).

Sebelum ini terdapat kekeliruan di kalangan masyarakat India di Malaysia yang keliru mengenai tarikh sambutan Deepavali berikutan terdapat beberapa kalendar tersalah mencetak tarikh tepat sambutan Deepavali.

Penganut Hindu harus menyambut Deepavali pada Saturthasi Tithi iaitu hari ke-14 bulan Iypasi berdasarkan kiraan kalendar Hindu 'panjangam' .

Deepavali dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'Pesta lampu' dan pada hari itu penganut agama Hindu akan menerangi rumah mereka dengan bekas lampu tanah liat yang dipanggil 'diyas' atau lampu dalam pelbagai bentuk lain.

Bagi penganut Hindu, Deepavali atau dikenali Diwali di utara India, adalah antara perayaan yang paling penting untuk mereka.

CUTI DEEPAVALI 2016 DI MALAYSIA

29 OKTOBER 2016 merupakan cuti awam seluruh negeri di Malaysia kecuali Sarawak bersempena dengan sambutan Deepavali.

No comments

Powered by Blogger.