Tarikh Sebenar Puasa Sunat Hari Arafah 2016 di Malaysia

                              Tarikh Puasa Arafah Terkini

Puasa sunat pada Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia pada hari Ahad 11 September 2016 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1437 Hijrah. 

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan secara rasmi bahawa 1 Zulhijjah bagi negaranya telah ditetapkan pada 3 September 2016 Masihi (Sabtu), maka Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 11 September 2016 Masihi (Ahad) bersamaan 9 Zulhijjah 1437 Hijrah.

TARIKH DI MALAYSIA PUASA SUNAT HARI ARAFAH TAHUN 2016 MASIHI 1437 HIJRAH :

Pada tahun ini, 9 Zulhijjah 1437 Hijrah di Arab Saudi (Mekah) adalah sama dengan takwim atau kalendar Islam bagi Malaysia iaitu pada 11 September 2016 .

Sementara itu, Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 12 September 2016, menurut Pengisytiharan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman. 

Dalam pengisytiharan itu, beliau memaklumkan bahawa tarikh 1 Zulhijah 1436 Hijrah di Malaysia ialah pada Sabtu, 3 September 2016. 

Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 September 2016.

Lihat video dibawah:


No comments

Powered by Blogger.