SanDisk Perkenalkan Memori Kad SDXC Pertama Di Dunia Dengan Saiz Storan 1 TB

                                  Image result for SanDisk Perkenalkan Memori Kad SDXC Pertama Di Dunia Dengan Saiz Storan 1 TB

Tidak sah rasanya jika setiap kali mengumumkan memori kad dengan saiz storan yang lebih besar tanpa #throwback sedikit masa mengenai waktu awal kad SD mula dilancarkan.

Sekitar 16 tahun yang lepas, Sandisk mula mengumumkan memori kad pertama mereka dengan saiz terbesar iaitu Sandisk 64 MB SD card. Pada ketika itu, pengumuman saiz storan yang diumumkan telah mengejutkan pelbagai pihak serta mengagap saiz tersebut terlalu besar dan kurang releven untuk digunakan.

Dan ternyata topik membincangkan saiz storan sesebuah memori kad sudah menjadi rutin sehingga sekarang.

Selain saiznya yang besar, Sandisk SDXC 1TB ini turut dilengkapi dengan teknologi dimana bakal mengekalkan kualiti gambar yang diambil termasuk gambar UHD, video berdefinisi 4K serta VR.

Masih belum terdapat sebarang harga penjualan buat memori kad Sandisk 1TB ini. Sebelum ini, Sandisk telahpun mengeluarkan memori kad SDXC 512GB dengan harga penjualan $800 (~RM3286) namun gagal untuk menarik minat orang ramai untuk membeli.

No comments

Powered by Blogger.