Benarkah Pelukan Suami Mampu Bantu Isteri Kurangkan Berat Badan?

                                   Image result for Pelukan Suami Bantu Istri Kurangkan Berat Badan

Mesti ramai suami di luar sana yang tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi mereka, pelukan tu sesuatu yang merimaskan.

Tapi, bagi isteri pelukan itu menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

FAKTA: Pelukan mesra suami mengeluarkan hormon oxytocin

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Lebih mengejutkan, pelukan suami boleh buatkan isteri kurus & panjang umur

Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

-Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

-Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

-Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya. Jadi, rajin-rajinlah peluk isteri di rumah.

Kredit: Dr. Amirul Amin

No comments

Powered by Blogger.