Permohonan Tingkatan 4 MTD 2017 Maktab Tentera Diraja

                              Permohonan Online Terkini Maktab Tentera Diraja MTD

Maktab Tentera DiRaja (MTD) mempelawa pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang memiliki kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Tahun 2016 membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) bagi tahun pengambilan 2017 .

Tawaran permohonan adalah terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2016 dan permohonan tersebut hendaklah dilakukan secara atas talian (online) melalui laman web rasmi Maktab Tentera DiRaja (MTD).

PERMOHONAN ONLINE MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) TAHUN 2017 TINGKATAN 4

 Berikut saya sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti cara untuk membuat permohonan, tarikh sistem permohonan dibuka / ditutup dan syarat pemilihan kemasukan Putera ke tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja bagi tahun pengambilan 2017

Tarikh Permohonan Online Kemasukan Tingkatan 4 MTD 2017 :
Dibuka 5 Ogos 2016
Ditutup 30 November 2016

                     Borang Online Maktab Tentera Diraja MTD


Cara Dan Langkah Untuk Buat Permohonan Online MTD 2017 
-Permohonan kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja bagi tahun pengambilan 2017 hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi permohonan MTD yang dibuka kepada capaian pemohon. Sila klik pada judul pautan dibawah
Sistem Aplikasi Borang Online Permohonan Kemasukan Putera MTD Tahun 2017

Sila lengkapkan dan membuat pengisian butiran maklumat yang diperlukan dalam sistem borang online berkenaan dengan sempurna serta ikuti arahan yang dipaparkan Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-89465565/03-89655562 serta bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Maktab Tentera DiRaja di pautan:
http://www.rmc.edu.my/

Syarat Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) Sesi Pengajian Tahun 2017 / 2018 :

1. Tawaran terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2016
2. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut
-Warganegara Malaysia Jantina – Lelaki Tinggi Minimum – 152 sm Berat Minimum – 40.5 kg Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27 Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
-Penglihatan – baik dan tidak rabun warna. (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12)
-Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak
-Memperolehi keputusan yang baik di dalam peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan Tiga) PT3 Tahun 2016 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
-Permohonan boleh dibuat namun keputusan sama ada layak menghadiri temuduga hanya akan dimaklumkan selepas keputusan PT3 diumumkan
-Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik
-Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu kedua Januari 2017, manakala bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2017
-Hanya calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan mengikut pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2017
-Sepanjang tempoh pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran (kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlangan akademik, insuran dan kebajikan)
-Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma yang meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform
-Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100.00 pada tiap-tiap bulan

No comments

Powered by Blogger.