Gergasi Bola Sepak Rusia Ubah Nama Demi Buger King?
SECARA tiba-tiba pelbagai syarikat muncul menjadi penaja rasmi bagi sesebuah kelab bola sepak dunia. Ada hanya letak nama syarikat atau logo di jersi pasukan dan ada hingga ke luar stadium.
Perkara ini turut dilakukan oleh Burger King bahkan gergasi rangkaian restoran makanan segera layan diri Amerika Syarikat (AS) itu menawarkan cadangan untuk menanggung sebuah kelab ternama di Rusia, Zenit St. Petersburg.
Bagaimanapun, Burger King tidak pula ingin mengubah nama stadium, atau nama Zenit sebaliknya menawarkan tajaan 500 juta rouble (RM31.4 juta) agar kelab itu hanya mengubah namanya menjadi ‘Zenit Burger King’.
Sayangnya usaha murni Burger King ditolak mentah-mentah oleh Zenit. Pemilik kelab tersebut, Stefano Conforti tidak ingin mengubah nama kelab meskipun mendapat tawaran agak lumayan dan menganggap ia gila.
Sebenarnya bukan aneh sesebuah kelab bola sepak yang sanggup mengubah namanya sesuai dengan nama sumber penaja seperti kelab Austria, Red Bull Salzburg dan kelab Major League Soccer di AS, New York Red Bulls.
Malah ada stadium yang langsung turut diubah namanya iaitu Emirates Stadium (Arsenal), Stadium Etihad (Manchester City), hingga Allianz Arena yang dimiliki oleh Bayern Munich di Jerman. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment