OnePlus Janjikan Kemaskini Yang Lebih Pantas Yang Mungkin Tidak Dipersetujui Pengguna

                                     Exclusive: To Offer Fast Software Updates, OnePlus is Merging Hydrogen and Oxygen OS

Oxygen OS dan Hydrogen OS merupakan dua ROM rasmi buat Oneplus. Selepas kerjasama diantara Oneplus bersama Cyanogen berakhir, dua ROM ini digunakan pada OnePlus 2 dan seterusnya OnePlus 3.

Oxygen OS menampilkan ROM seakan-akan stock Android serta disukai ramai manakala Hydrogen OS merupakan ROM khas buat pengguna di China yang hadir tanpa app drawer.

Masalah mendapatkan Android versi terbaru antara yang dihadapi pengguna OnePlus. OnePlus 2 terpaksa menunggu sehingga 8 bulan untuk mendapatkan Android Marshmallow yang rasmi. Bagi menyelesaikan masalah kelewatan mendapatkan versi Android terbaru, Pihak OnePlus bakal menggabungkan Oxygen OS dan Hydrogen OS menjadi satu OS buat semua pengguna OnePlus

Dari apa yang kami ketahui, penggabungan ini tidak akan mengikut citarasa pengguna Stock Android sebaliknya UI ROM yang tampak lebih ‘China’ bakal ditampilkan. Penggabungan dua ROM ini dikekalkan dibawah nama Oxygen OS dan bukannya Water OS.

Walaubagaimanapun, pengguna masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan Custom ROM lain seperti CyanogenMod 13 dan CyanogenMod 14. Dari segi kamera, gambar yang diambil menggunakan Oxygen OS kelihatan lebih sharp pada low light berbanding menggunakan ROM CyanogenMod 13.

SUMBER: XDA

No comments

Powered by Blogger.