Biodata Penuh Vivy Yusof Pengasas FashionValet.com

SIAPAKAH sebenarnya selebriti fesyen hebat ini iaitu Vivy Yusof? Vivy Yusof adalah antara Selebriti Malaysia Berhijab Paling Bergaya.

Biodata Penuh Vivy Yusof Pengasas FashionValet.com

Bermula dengan minat yang mendalam terhadap dunia fesyen dan terdedah dengan pengalaman membeli-belah di London sepanjang belajar di sana, Vivy Yusof memilih perniagaan fesyen dengan mengasaskan laman web FashionValet.com (FV) iaitu sebuah laman web yang menjual hasil kerja pereka tempatan secara online.

Beliau bekerjasama dengan Fadzarudin Shah Anuar iaitu rakan sekolejnya dan angan-angan mereka direalisasikan menerusi pembelian di Internet kerana yakin jenis perniagaan sedemikian belum popular di Malaysia lagi pada ketika itu.

Kini, perniagaan mereka terus berkembang dengan menawarkan rangkaian fesyen pakaian dan aksesori tempatan karya pereka tersohor seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan pelbagai lagi.

Biodata Penuh Vivy Yusof

Nama Penuh: Vivy Sofinas Binti Yusof
Nama Popular: Vivy Yusof
Asal: Kajang, Selangor
Umur: 30 (2017)
Tarikh Lahir: 11 Disember 1987
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Hobi: Penulis blog, melancong
Kerjaya: Usahawan
Jawatan: Pengarah Urusan FashionValet.com dan The Duck Group
Pendidikan: Ijazah undang-undang, School of Economic, United Kingdom
Jenama Fesyen Kegemaran: Topshop dan Zara
Impian: Membuka syarikat berasaskan hartanah
Laman Sosial:
Instagram: https://www.instagram.com/vivyyusof/

No comments

Powered by Blogger.