Pesawat Diubahsuai Jadi Restoran Mewah Di China

                              2

SEBUAH restoran di Wuhan, China mencipta fenomenanya yang tersendiri apabila menggunakan badan pesawat sebagai tempat menjamu selera buat pelanggan mereka.

Restoran pesawat pertama di negara tersebut, Lilly Airways menggunakan pesawat lama Boeing 737 sebagai tarikan.

Pemilik restoran itu, Li Liang dipercayai membeli pesawat lama itu menerusi syarikat penerbangan Indonesia, Batavia Air pada Mei tahun lalu.

                           
                                3

Kos pesawat itu menelan belanja sebanyak 3 juta yuan (RM1.8 juta).

Bahagian kabin pesawat dijadikan ruang menjamu selera manakala di bahagian kokpit, pihak pengurusan restoran menyediakan simulator untuk pelanggan merasai sendiri pengalaman membawa kapal terbang.

Harga makanan di Lilly Airways berharga dari 200 hingga 300 yuan (RM121-RM182) untuk seorang manakala untuk bermain simulator, ianya berharga sebanyak 300 ke 400 yuan (RM182-RM243). – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.