Ekoran Bertindik Hidung, Fatiya Latiff Teruk Dikecam Netizen

                                  post-feature-image

Siapa tidak kenal dengan pelakon yang baru sahaja berhijrah untuk berhijab penuh sehingga mendapat respon positif dari peminat. Namun, yang terbaru apabila Fatiya dikritik gara-gara bertindik di hidung.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Fatiya di laman Instagram miliknya, beliau teruk dihentam kerana tindakan bertindik itu tidak sesuai bagi orang Islam.

                                

Perdebatan bermula apabila ada pihak mula mempertikaikan taraf keislaman Fathia kerana bertindik sedemikian rupa maka perang komen pun tercetus. Segala peringkat perdebatan sehinggalah menjurus kepada hukum hakam agama yang dipertikaikan.

Namun jika diteliti kapsyen gambar tersebut jelas menunjukkan Fatiya meletakkan 'Fake' namun ianya tetap menjadi perhatian peminat. Apapun, sehingga kini Fatiya tidak memberikan sebarang komen berkenaan isu tersebut. 

No comments

Powered by Blogger.