Personaliti Diri Anda Mengikut Tarikh Lahir Bulan Islam

                        Personaliti Diri

Sering kali kita membaca mengenai personaliti diri menerusi zodiak, namun pada kali ini adakah anda perlu membaca personaliti diri mengikut tarikh lahir dalam bulan Islam akan mempengaruhi personaliti dan kehidupan kita secara keseluruhannya.

Personaliti Diri Ikut Tarikh Lahir Bulan Islam:

Muharram

-Anda merupakan seorang yang pendiam dan mempunyai fikiran yang sihat. Meskipun tidak diajar dengan baik, anda boleh menjadi seorang Yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Anda juga mempunyai keinginan yang baik dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Safar

-Anda mempunyai banyak tabiat buruk dan sering kali menafikan kesalahan yang sudah anda lakukan. Para ibu bapa harus mendidik bagi menghilangkan perangai buruk itu atau kehidupannya menjadi sukar pada masa depan. Meskipun begitu, anda selalunya nakan membuahkan hasil yang bagus.

RabiulAwal

-Anda mempunyai perwatakan yang baik dan bermungkinan akan menjawat jawatan yang tinggi dalam hidupnya. Anda juga akan menjadi seorang yang kaya dan berpengaruh tanpa diduga. Perangai buruknya pula ialah anda adalah seorang yang kurang sabar, hati batu dan cepat marah.

RabiulAkhir

-Anda mempunyai perwatakanya yang agak buruk dan sering bertukar pendapat. Fikiran dan keinginan lemah, buruk nafsunya, kasar perwatakannya dan mudah mengalah. Para ibu bapanya akan menempuh kesukaran dalam membesarkannya.

JamadilAwal

-Anda mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi. Sering kali melakukan sesuatu yang Tidak Bijak atau bahaya. Meskipun begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, ada beberapa ketika ia akan menemui kegagalan.

JamadilAkhir

-Anda merupakan seorang yang berani dan menghormati orang lain. Berbagai kepandaian ada pada dirinya. Bila dia tahu dia melakukan kesalahan, anda mudah mengakuinya. Apabila yakin dirinya benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Ketika kecil, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu kerana kalau betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang Ibubapanya.

Rejab

-Ketika kecil, anda merupakan seorang yang tersangat degil dan nakal. Ibu bapanya harus mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai Murni yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu.

Syaaban

-Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan Murah rezeki .

Ramadhan

-Anda merupakan seorang yang baik, pendiam dan suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada kawan-kawan. Tak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal

-Anda merupakan seorang yang hati batu dan tak suka dikalahkan oleh orang lain. Ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul untuk menghilangkan perangai buruknya itu atau kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia mudah bergaduh.

Zulkaedah

-Anda merupakan seorang yang pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya Akan berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan Memberikan hasil yang baik dalam kehidupannya. Oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah

-Sekiranya dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya.

No comments

Powered by Blogger.