Keputusan Undian Kumpulan Piala AFF Suzuki 2016

                            Keputusan Undian Kumpulan Piala AFF Suzuki 2016

Kejohanan bolasepak dua tahun sekali, Piala AFF atau Kejohanan Bolasepak ASEAN akan berlangsung tidak lama lagi iaitu 19 November 2016 hingga 17 Disember 2016 di Myanmar dan Filipina.

Majlis Undian Piala AFF Suzuki 2016 akan diadakan pada hari esok yang bertarikh 2 Ogos 2016 di Yangon, Myanmar tepat pukul jam 8.30 malam.

8 negara akan beraksi pada kejohanan AFF Cup 2016 dan akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 4 negara dalam setiap kumpulan. Malaysia telah diletakkan dalam Pot 2 bersama Thailand.

Keputusan Undian Kumpulan Piala AFF Suzuki 2016:

Pot 1 : Myanmar dan Filipina
Pot 2 : Malaysia dan Thailand
Pot 3 : Singapura dan Vietnam
Pot 4 : Indonesia dan pasukan yang menjuarai pusingan kelayakan (Brunei, Cambodia, Timor Leste dan Laos)

Pada kesempatan ini, penulis berharap Malaysia akan bermain secara bermati-matian untuk merampas Piala AFF Cup dari juara bertahan iaitu Thailand.

Selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.