Lagu Negaraku Diselitkan Dalam Iklan Olimpik Samsung

                           Lagu Negaraku Diselitkan Dalam Iklan Olimpik Samsung


PENGELUAR telefon bimbit Samsung menerbitkan satu video baharu bagi meraikan Sukan Olimpik edisi 2016 yang bakal berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil bermula 5 hingga 21 Ogos ini.

Iklan berjudul The Anthem itu memaparkan bait-bait lagu kebangsaan daripada 14 buah negara yang bertanding dalam kejohanan berprestij terbesar dunia itu yang hanya berlangsung empat tahun sekali.


Ini meliputi Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Britain, Jerman, Kanada, Korea Selatan, Malawi, Botswana, Malawi, New Zealand, Tunisia dan tidak ketinggalan tuan rumah sendiri, Brazil.

Apa yang cukup menarik, lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku turut diselitkan dalam iklan berdurasi 1 minit 41 saat tersebut menerusi baris lirik berbunyi ‘Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju’.

Semoga team Malaysia bakal meraih kejayaan yang diimpikan dan sama-sama kita rakyat Malaysia memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi buat pasukan negara. – MYNEWSHUB.CC

Samsung Official TVC: 'The Anthem' - Rio 2016 Olympic Games

No comments

Powered by Blogger.