Cara Atasi Wajah Cepat Berpeluh

                              Wajah Cepat Berpeluh


Kulit wajah yang berpeluh bukan sahaja boleh mencairkan solekan, malah ia turut membuatkan muka anda dilihat comot, berminyak dan sangat merimaskan si empunya diri.

Cara Atasi Wajah Cepat Berpeluh:

Pakai Solekan Nipis
Sapu nipis sahaja bedak asas dan bedak muka di wajah anda untuk menghindari solekan daripada cair sewaktu berpeluh. Sekiranya berpeluh, anda hanya perlu menacapnya dengan span dan solekan akan bertambah cantik.

Ais
Tekapkan kulit wajah anda dengan ais sebelum anda memulakan solekan. Fungsi ais adalah mengecilkan liang roma pada muka anda dan masalah kulit berminyak pastinya akan dapat dikurangkan.

Kertas Minyak
Jangan lupa untuk membawa kertas minyak setiap kali anda menghadiri majlis keramaian di kawasan yang panas atau terbuka. Sekiranya berpeluh, anda hanya perlu menekap muka anda dengan kertas minyak dengan lembut.

Penyegar Muka
Semburkan penyegar muka di wajah anda sebelum bersolek. Ia bagus untuk mengekalkan kelembapan pada kulit wajah dan mengekalkan solekan daripada cair.

Di kesempatan ini, penulis berharap anda dapat mengatasi kulit wajah anda yang berpeluh itu supaya kelihatan cantik selalu khususnya kepada para wanita di luar sana.

No comments

Powered by Blogger.