Inilah Punca Sebenar Ellie Suriati Terpaksa Kurus Sehingga Tidak Makan Nasi 5 Bulan
Siapa tidak kenal dengan pelakon dan pengarah filem, Ellie Suriati yang kini merupakan guru seni persembahan untuk program Akademi Fantasia 2016 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ellie mendedahkan bahawa dia terpaksa kuruskan badan gara-gara mendapat kritikan dari kawan-kawan sehingga dia tidak makan nasi selama lima bulan.
Malah, Ellie menjelaskan beliau sering ditegur oleh rakan-rakan lama dan disapa dengan panggilan makcik yang seolah-olah menggambarkan dia sudah terlalu tua.
"Dulu berat badan saya lebih 70 kilogram sekarang sudah nampak kurus tapi saya tidak timbang berat lagi, mungkin lebih kurang 45 kilogram berat saya sekarang dan saya boleh pakai baju saiz S."
"Saya tertekan dipanggil makcik, itu yang saya rasa nak kurus dan nampak muda sedikit. Lagi pula kawan-kawan lama yang jumpa saya pasti akan tegur tentang berat badan sehingga saya bosan untuk menjawab," ujarnya.
Bahkan, Ellie kini berasa lebih yakin dengan penampilannya terkini malah mula mencari baju-baju lamanya bersaiz S yang boleh dipakai semula.
"Saya selesa sudah kurus dan rasa yakin untuk jumpa orang, dari segi baju tidak ada masalah kerana saya banyak baju lama yang boleh dipakai semula.
"Selain itu, saya potong rambut pendek bagi mencari kelainan kerana sudah berpuluh-puluh tahun saya rambut panjang," ujarnya.
Apapun, semoga Ellie terus maju dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Post a Comment