Cara Tingkatkan Keselamatan Berbasikal Anda

              


Berbasikal kini merupakan hobi yang semakin diceburi ramai untuk meningkatkan tahap kesihatan masing masing. Tidak seperti motosikal, basikal lazimnya tidak mempunyai lampu isyarat membrek mahupun penunjuk arah (signal) untuk maklumat kenderaan yang mengekori di selakang. Ini berkemungkinan membahayakan keselamatan penunggang dalam keadaan tertentu terutamanya ketika membelok.

Kini terdapat beberapa alat atau peranti lampu isyarat yang dikeluarkan khusus untuk basikal. Gugusan lampu seperti yang dapat anda lihat dalam gambar contoh ini  boleh dicas semula dan menawarkan pelbagai fungsi.

                    27bf04cca7c10bac0f2c009faed90198_asdsadasdas (7)

Spesifikasi umum:

1. kawalan jauh: Menghidupkan oleh paparan dot matriks / paparan corak / cahaya ekor / Brek petunjuk oleh dot matriks paparan / Laser selari
2. Dikuasakan oleh bateri li-ion 3.7V 650mAh , berterusan 10 hari selepas setiap cas
3. unit kawalan jauh: 1 x bateri CR2032 diperlukan, secara amnya boleh bertahan selama tempoh 3 bulan
4. Pemancar isyarat brek: 1 x bateri CR1225 diperlukan, boleh bertahan selama setengah tahun

Lampu brek dan isyarat yang berguna ini kini banyak dijual dalam talian (on-line seperti di lazada) sekitar RM26 ke atas bagi yang jenis berwayar sehinggalah RM80 bagi jenis tanpa wayar, bergantung kepada kualiti dan fungsi. Namun, ia nya satu pelaburan berbaloi untuk kekal kenampakan di mata pengguna jalanraya lain terutama sekali ketika pencahayaan agak suram.

                77d733989d102b702a2274b039915168_asdsadasdas (1)

No comments

Powered by Blogger.