Championship Manager 17 Dilancarkan Untuk Android Dan iOS

                                

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum permulaan musim baru Liga Perdana Inggeris. Musim ini dijangka menarik kerana nama besar dunia pengurusan Josep Guardiola, Jose Mourinho, Antonio Conte dan Jurgen Klopp berentap di dalam liga yang sama. Masing-masing pernah memenangi liga di Sepanyol, Itali dan Jerman. Adakah anda merasakan anda lebih berbakat dari mereka? Sekiranya ya anda boleh memuat turun Championship Manager 17 untuk peranti Android dan iOS.

                               Championship-Manager-2


Anda boleh memilih untuk mengurus 450 pasukan dari 25 liga dan 15 negara berbeza. Kawal segala aspek pasukan dari taktik, latihan, media dan pembangunan pemain muda. Sekiranya anda pernah bermain CM sebelum ini, anda pasti tahu betapa bahayanya ketagihan permainan ini. Ia boleh dimuat turun secara percuma. Menarik sekali terdapat sokongan Bahasa Melayu bagi mereka yang kurang arif berbahasa Inggeris.

Muat Turun: CM 17 Versi Android dari Google Play
Muat Turun: CM Versi iOS dari Play Store

No comments

Powered by Blogger.