Wadi Al-Salaam: Tanah Perkuburan Terbesar Di Dunia

               Wadi Al-Salaam: Tanah Perkuburan Terbesar Di Dunia

RATUSAN ribu batu penanda, nisan dan makam yang berselerakan di Wadi Al-Salaam bermaksud Lembah Damai adalah sebuah tanah perkuburan Islam yang terletak di kota suci Najaf, Iraq.

Tanah perkuburan yang meliputi kawasan seluas mata memandang sebesar 1.485,5 ekar dan mengandungi berjuta-juta jasad pengamal Syiah ini menjadikan Wadi A-Salaam salah satu daripada pesaing kuat untuk gelaran tanah perkuburan terbesar di dunia.

Najaf sendiri merupakan salah satu daripada bandar-bandar terbesar Iraq, dengan jumlah penduduk hampir 600,000 orang.

Perkuburan Wadi Al-Salaam juga merupakan satu-satunya tanah perkuburan di dunia di mana proses pengebumian masih berterusan hingga ke hari sejak lebih 1,400 tahun lalu.

Sehingga kini dianggarkan ada sejumlah lima juta kubur di sana.

                  Wadi Al-Salaam: Tanah Perkuburan Terbesar Di Dunia


Antara nabi, raja-raja, dan sultan yang dsemadikan di tanah perkuburan ini termasuk Nabi Hud, Nabi Saleh, dan Ayatullah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr, serta khalifah terakhir dalam dinasti Khulafa Ar-Rasyidin, Ali Ibn Abi Talib.

Meskipun dianggarkan sebanyak 50,000 jenazah disemadikan di Wadi Al-Salaam setiap tahun, namun dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini jumlah itu semakin meningkat oleh kerana pertambahan mangsa yang terkorban dalam peperangan menentang militan IS di negara itu.

Walaupun kawasan tanah perkuburan ini begitu luas, ruangan kosong di Wadi Al-Salaam semakin berkurang terutamanya di kawasan berhampiran makan Imam Ali.

Populariti tanah perkuburan suci ini menjadikan harga sesebuah lot kubur seluas 500 kaki persegi telah meningkat daripada $1,500 (RM5,948) pada tahun 1991 ke nilai $10,000 (RM39,659.50) hari ini.

Wadi-us-Salaam, Najaf, Iraq (2011)

No comments

Powered by Blogger.