SUKMA 2016 Kedudukan Negeri Jumlah Pungutan Pingat Terkini

Kedudukan Dan Carta Pingat SUKMA Sarawak 2016



Penganjuran Sukan Malaysia Ke-18 (Sukma XVIII) di negeri Sarawak pada tahun 2016 membabitkan lebih 6,000 atlet termasuk pegawai sukan yang telah mendaftar melibatkan 15 kontinjen iaitu 14 kontinjen negeri dan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta kontinjen jemputan dari Brunei.

SUKMA 2016 di Sarawak secara rasminya akan membuka tirai kejohanan pada 23 Julai 2016 dan upacara penutupan pula dijadualkan pada 31 Julai 2016.

Upacara pembukaan rasmi untuk Sukma ke-18 akan diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya, Kuching dan majlis penutupan akan diadakan ditempat yang sama.

Maskot rasmi untuk Sukma ke-18 adalah Satria dan Satrina manakala slogan rasmi adalah Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

Sebanyak 20 acara sukan dipertandingkan akan diadakan di Kuching dan Samarahan serta di Sibu membabitkan dua acara manakala di Miri, tiga acara. Jumlah keseluruhan acara yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia Ke-18 (Sukma XVIII) di negeri Sarawak adalah 26 acara sukan.

Kediaman untuk para atlet dan pegawai adalah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Samarahan dimana universiti itu juga akan menjadi lokasi untuk beberapa acara sukan.

SUKMA 2016 KEDUDUKAN SETIAP NEGERI BAGI JUMLAH TERKINI SENARAI PUNGUTAN PINGAT 

Berikut ialah senarai kedudukan (Ranking / Pos.) setiap kontinjen negeri berdasarkan jumlah pungutan atau kutipan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang berjaya diraih bagi semua acara yang disertai di SUKMA 2016:

KLIK LINK DIBAWAH INI:

SUKMA 2016 Kedudukan Negeri jJumlah Pungutan Pingat Terkini

Sumber: mysumber.com

No comments

Powered by Blogger.