5 Aktiviti Yang Boleh Menambah Ketinggian Anda
Bagi anda yang kurang tinggi, sudah pasti mahu tahu cara nak tinggi, kan… Tidak dinafikan berat badan yang ideal dengan ketinggian badan merupakan tunjang penampilan. Bahkan tidak ada seorang pun di antara kita yang mahu tampil dengan tubuh gemuk yang tidak sesuai dengan ketinggian tubuh.
Selain itu, pemilihan senaman yang tepat juga banyak membantu. Ini adalah cara nak tinggi dengan berat badan yang ideal yang perlu anda ambil peduli. Tambahan pula senaman ini agak berbeza dengan senaman untuk mengurangkan berat badan dengan cara membakar lemak.
Senaman untuk menambah ketinggian badan lebih menekankan perangsangan pada tulang punggung.Ada beberapa aktiviti atau senaman yang boleh dilakukan untuk mengoptimalkan tinggi badan. Aktiviti yang dilakukan itu juga adalah untuk meninggikan badan, memperpanjangkan tulang belakang,meningkatkan fleksibiliti dan memperkuatkan otot-otot perut.
Berikut antara aktivitinya:
Stretching
Merupakan gerakan dengan cara meregangkan badan, sehingga tulang punggung dapat tertarik dan memanjang. Apabila dilakukan secara teratur akan merangsang menambah kepanjangan tulang punggung.
Kicking
Merupakan gerakan dengan cara menendang kaki. Fungsi daripada gerakan ini untuk membantu pertumbuhan tulang kaki sehingga memanjang dengan optimal.
Hanging
Merupakan gerakan bergantung dengan kedua tangan. Gerakan ini sangat membantu untuk rangsang pada tulang punggung.
Berbasikal
Gerakan berbasikal akan membantu tulang pinggang dan kaki dengan cara memijak pedal basikal dan tidak jinjit. Kedudukan punggung tegap dan tidak membongkok.
Berenang
Gerakan dalam berenang akan meregangkan seluruh tulang di badan.Berenang dalah gerakan paling optimal untuk menambah ketinggian badan.
Apa Yang Mempengaruhi Ketinggian Badan Anda:
1. Keperluan Zat Yang Mencukupi
Pastikan nilai zat yang anda ambil itu memadai serta seimbang. Zat yang baik terdiri daripada lemak, protein dan vitamin. Selain itu, jangan abaikan pengambilan mineral seperti zat besi dan kalsium.
2. Hormon Tumbesaran
Hormon tumbesaran tubuh sangat mempengaruhi perkembangan tulang.
3. Faktor Genetik
Ibu bapa yang memiliki tinggi badan yang ideal biasanya akan menurunkan ketinggian badan yang ideal juga kepada anaknya.
4. Lingkungan Keluarga
Tahap sosial ekonomi yang rendah membaawa kepada terjadinya zat yang tidak mencukupi. Kekurangan kasih sayang juga boleh mengurangi nafsu makan.
Post a Comment