Petua Wanita China Kekal Sihat, Baring Atas Batu

                   2

BERMACAM-macam cara yang boleh dilakukan untuk kekal sihat, antaranya dengan sentiasa bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan pilihan seperti berbasikal, mendaki gunung dan sebagainya.

Namun, bagi sesetengah golongan warga emas wanita di China, mereka percaya dengan berbaring di atas batuan besar boleh memperbaiki tahap kesihatan sekali gus memanjangkan usia mereka di muka bumi ini.

Wanita warga emas berbaring sambil memeluk batu besar dengan meletakkan tuala kecil di muka menjadi pemandangan biasa di kawasan riadah di negara komunis tersebut.

                 4

                 3

Mereka percaya aktiviti itu boleh menguatkan tulang selain memberikan ketenangan sepanjang ‘bertafakur’ di atas batu.

Kebiasaannya, batu-batu itu penuh diduduki pada jam 3 hingga 4 petang pada setiap hari kerana pada ketika itu, sinaran cahaya matahari sangat terik dan sesuai untuk mengeluarkan peluh.

No comments

Powered by Blogger.