Kerja Kursus Geografi PT3 2016

Pelajar Tingkatan 3 perlu menyiapkan tugasan Kerja Kerja Kursus Geografi PT3 2016 (Pelbagai Instrumen) berdasarkan kepada tajuk yang akan diberikan kelak. Pelbagai Instrumen merupakan salah satu daripada pentaksiran yang terdapat dalam Peperiksaan PT3.

               Kerja Kursus Geografi PT3 2016

Kerja Kursus Geografi PT3 2016:

Tajuk Kerja Kursus Geografi PT3 tahun 2016 : Sistem Pengangkutan Yang Ada Di Negara Ini
Tarikh : 17 Julai hingga 29 Julai 2016.
Tajuk Soalan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 : Anda dikehendaki melakukan kajian terhadap sistem pengangkutan awam yang terdapat di negara ini. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Laporan yang anda sediakan haruslah mengandungi beberapa aspek seperti berikut :

i) Tajuk Kajian

ii) Nama Penulis

iii) Isi Kandungan
– Menerangkan konsep dan Tafsiran Sistem Pengangkutan.
– Menerangkan konsep dan Definasi Sistem Pengangkutan.
– Jelaskan jenis-Jenis Pengangkutan yang terdapat di negara ini.
– Sediakan contoh Borang Kaji Selidik.
– Huraikan masalah pengangkutan awam yang dihadapi di negara ini.
– Berikan cadangan atau langkah bagi menambahbaikan sistem pengangkutan di negara ini.

iv) Rumusan

v) Sumber rujukan

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.