Lirik Lagu Sehati Sejiwa Tema Hari Kemerdekaan 2016

                               lagu Sehati Sejiwa

Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah Sehati Sejiwa Lirik Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2016 yang dikongsikan  khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintai tanah air ini.

Sehati Sejiwa Lirik Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2016

Lagu ini dicipta oleh Muhammad Yuri Edris dan lirik oleh Siso Kopratasa dan Muhammad Yuri Edris. Lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi terkenal iaitu Alif Satar dan koir oleh Gemersik Chorus.

Lirik Lagu Sehati Sejiwa

Demi.. tanah yang bertuah
Taman.. cinta merdeka.. aaa
Kasih.. di hatiku ini
Untukmu.. tanah pertiwi.. iii

Dari.. utara selatan
Juga.. timur ke barat
Turut gagah.. Sabah Serawak
Se..hati Sejiwa

(Chorus)
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

(Bridge)
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

(Chorus)

Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera.. Korus Iban Kadazan
Mi i so ginavo
Kitai Dekak Mujur
Mi i so ginavo
Ngetan Ke Menua
Mi i soginavo
Nyuluk Cita Mulia

Malaysia Sehati Sejiwa

Video Lagu Sehati Sejiwa

Di bawah ini, penulis kongsikan Video Lagu Sehati Sejiwa khas buat tontonan para pencinta negara.

[LIRIK] Lagu Tema Hari Kebangsaan 2015/2016 HDV (Sehati Sejiwa)-RASMI

No comments

Powered by Blogger.